Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jubah hitam ceriakan Aidiladha

 7

Memasuki hari ketiga hari raya Aidiladha, tentu ramai yang masih mendapat jemputan ke rumah terbuka. Masih belum terlewat untuk anda melaram dengan busana baharu.

Sambutan Aidiladha sering dikaitkan dengan pesona jubah. Apatah lagi jubah hitam dengan perisian manik pasti tidak ketinggalan menceriakan hari raya anda.

Jika dahulu, hitam jarang dipilih sebagai warna tema berbeza dengan trend fesyen pada hari ini. Hitam dilambangkan sebagai warna elegan, sofistikated dan mewah. Terkadang dijemput pula menghadiri majlis rumah terbuka bersama-sama sahabat handai, anda kelihatan bergaya dengan koleksi Jubah Norlina.

Jubah Norlina yang telah enam tahun berada di pasaran, kini kembali dengan kepelbagaian rekaan menarik khusus untuk wanita yang di bawa eksklusif dari Dubai.

Setiap helaiannya serba menawan dengan perincian batu korea gold dan bertatah batu Swarovski.

Dengan fabrik yang sesuai dengan cuaca di sini, dari fabrik royal nidha, sifon dan satin tidak mengikut bentuk tubuh si pemakai. Setiap helai dilengkapi selendang panjang yang mempunyai corak serupa dengan aksesori di bahagian pergelangan tangan.

Jubah Norlina Alawi boleh di dapati Tingkat 4, Jakel Mall, Kuala Lumpur atau lawati laman web jubahnorlina.com, atau halaman FB dan IG – jubahnorlina.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan