Penampilannya yang ringkas dan santai tetapi ada stail menjadi ikutan kebanyakan wanita muda dan moden.

Terbaharu, jenama antarabangsa Uniqlo memperagakan keluaran terbaru dan eksklusif menerusi kerjasama dengan Hana Tajima, “Hana Tajima For Uniqlo.”

Koleksi ini boleh didapati di seluruh negara mulai Jun depan dan terdiri daripada 23 jenis terdiri daripada pelbagai warna. Koleksi ini sesuai untuk wanita yang sederhana dan moden.

Diilhamkan daripada gaya labuh dan lipatan, koleksi ini membawa imej kontemporari lambang kegembiraan dan keanggunan pakaian harian anda.

Keluaran ini memperkenalkan tekstur seperti tweed dan rekaan baharu kot belted panjang. Warna yang dipilih juga menarik dan tiak ketinggalan zaman sesuai dengan imej wanita moden.

Baru-baru ini empat selebriti, Narisa Soraya, Sarah Hildebrand, Alicia Amin serta Eleena Su mempersembahkan koleksi baru dan masing-masing menyuarakan gaya ini sesuai dengan personaliti mereka.

Narisa Soraya, berpakaian sepasang seluar labu (flowy) dan hijab dan Sarah Hildebrand memakai jaket tweed.

Sementara itu, Eleena Sui berpakaian blaus labuh dengan genre pop merah dan Alicia Amin berpakaian kot panjang hitam.