Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ilham keindahan fajar

ADUNAN warna-warna lembut untuk koleksi Dawn kali ini. 6
ADUNAN warna-warna lembut untuk koleksi Dawn kali ini.

Melihat pada gaya rekaannya ditambah pula dengan namanya, pasti ramai menyangka ia satu lagi label fesyen antarabangsa dari luar yang berusaha memikat cita rasa penggemar fesyen tempatan.

Namun, siapa sangka Duchess & Co, adalah label fesyen Malaysia, diasaskan tiga wanita dinamik iaitu Wendy Tai, Phang Ju Nn dan Michelle Chong, yang memartabatkan senario fesyen tempatan melalui dimensi baharu pakaian wanita - unik, klasik dan sesuai sepanjang zaman.

Sering menghasilkan rekaan yang memenuhi spektrum wanita, jenama yang diasaskan pada 2013 itu, kini tampil dengan koleksi yang dinamakan Dawn menggabungkan alunan dan bentuk yang diilhamkan daripada keindahan rona fajar menyingsing.

Koleksi kali ini, yang jelas melambangkan kelembutan wanita, direka dengan potongan yang lebih unik dengan padanan-padanan fabrik berbeza bagi menyerlahkan bentuk tubuh siluet.

Memilih gabungan warna pastel dan terang seperti biru lembut (powder blue), hijau batu karang (coral green), biru nila (royal blue) dan jingga, ciri-ciri moden ditimbulkan dengan cetakan geometrik serta cetakan rama-rama yang melambangkan transformasi dan kebebasan.

Selain itu, tindihan cetakan berunsur gerakan (motion print) di atas latar belakang berona lembut dan terang menyerlahkan lagi koleksi itu tanpa menjejaskan ciri-ciri kewanitaan klasik.

Menawarkan rekaan pakaian versatil, koleksi kali ini membawa gaya mudah ubah seperti seluar palazo tidak simetri, baju bolos, blaus terdedah bahu, blaus singkat, skirt berlipat-tingkat, skort (kombinasi seluar pendek dan skirt) serta beberapa potongan pelbagai yang senang untuk disuai padan.

Menurut Phang Ju Nn, yang juga pengasas bersama dan Pengarah Kreatif Duchess & Co, kebanyakan koleksi jenama itu mementingkan gaya mudah diubah atau ciri fleksibel yang membolehkan pemakai mengayakan rekaan mengikut interpretasi berbeza-beza bagi memberi penampilan yang berlainan.

“Koleksi Dawn menggabungkan tekstur beralun dan berbentuk yang sememangnya menyerlahkan susuk badan wanita, sekali gus meningkatkan keyakinan serta keanggunan wanita.

“Setiap rekaan dititikberatkan dengan jahitan yang kemas dan teliti bagi menghasilkan koleksi pakaian siap yang terbaik selain pemilihan rekaan yang sesuai digayakan oleh wanita yang mementingkan gaya terserlah tanpa menjejaskan ciri-ciri kewanitaan klasik,” katanya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan