Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Evolusi fesyen kasut kontemporari

Evolusi fesyen kasut kontemporari 3

Daripada imej kontemporari jalanan kepada gaya lebih mewah menjadi inspirasi bagi koleksi terbaharu Puma.

Bagi mencapai matlamat tersebut, jenama itu menyambung kerjasama strategiknya dengan label fesyen dari Los Angeles, Stampd, yang terkenal dengan gaya moden dan memenuhi cita rasa orang muda.

Dengan reka bentuk yang minimalis, koleksi terbaharu ini sememangnya untuk pengembara dengan memfokuskan pada fungsi kasut, bersifat lasak, dan mampu menyokong pergerakan dengan selesa.

Hakikatnya, penggayaan kasut tidak terbatas kepada rekaan fizikal semata-mata, sebaliknya elemen-elemen estetika dan keselesaan turut diambil kira.

Secara dasar, fungsi asal kasut sneaker seperti yang ditawarkan Puma x Stampd ini adalah untuk kegunaan bersukan atau melakukan aktiviti fizikal. Namun, seiring peredaran masa, kasut jenis ini mengalami evolusi dari segi fungsi apabila menjadi sebahagian daripada penggayaan fesyen kasual.

Jadi, tidak hairanlah mengapa kasut mampu menjadi item fesyen global sebaris dengan pakaian, beg tangan dan aksesori lain.

Lebih menarik, sepasang kasut juga mampu menonjolkan identiti dan personaliti seseorang.

Tampil dengan dua koleksi bawah kolaborasi tersebut, iaitu Stampd Puma Clyde yang menawarkan dua warna, whsiper white dan drizzel direka dengan menggunakan fabrik lembut.

Koleksi Puma x Stampd Trinomic Woven pula menampilkan pilihan warna seperti high rise dan steel grey, yang menyerlahkan imej maskulin seorang lelaki.

Menjadi antara rekaan istimewa yang ditawarkan Puma, dengan memberi padanan ideal pada kaki, pengguna tidak perlu bimbang tentang soal saiz kaki.

Ini kerana inovasi yang diketengahkan jenama ini mampu memberi efek manipulasi dan padanan yang hebat. Koleksi ini didatangkan pada harga RM630 sepasang.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan