Abaya sebenarnya menjadi pakaian tradisional wanita Arab kini antara persalinan diminati wanita di Malaysia.

Perkataan jubah itu sendiri menggambarkan baju panjang cara Arab dan diilham daripada abaya.

Seiring perkembangan dunia fesyen yang mengalami pelbagai evolusi, Sheikha Souq membawakan idea kreatif abaya yang didatangkan khusus dari Dubai.

Berbeza dengan abaya sedia ada di Dubai, rekaan jenama ini lebih bergaya dan berwarna-warni memenuhi cita rasa wanita tempatan.

Pengasasnya, Farah Khairuddin yang tinggal di Abu Dhabi berkata, abaya Sheikha Souq menggunakan fabrik khas seperti nidha, coco, jacquard, linen dan crepe yang berkualiti tinggi dan selesa dipakai terutama bagi negara yang bercuaca panas.

“Fabrik dipilih berdasarkan ciri-ciri istimewanya yang tidak mudah renyuk, mudah digosok, kain tidak melekap pada tubuh dan paling penting potongan abaya adalah longgar dan patuh syariah.

“Material krep nida bukan lagi asing dalam penghasilan jubah terutamanya abaya. Kelebihan fabrik ini terletak pada keselesaan maksimum si pemakai terutamanya mereka yang berada di negara cuaca panas. Jadi, ia boleh disesuaikan mengikut cuaca di sana,” jelasnya.

Menariknya, Farah mempelbagaikan warna abaya Sheiqa Souq untuk memenuhi permintaan peminat abaya di Malaysia yang sinonim dengan warna-warni berbanding abaya tradisional yang berwarna hitam.

Selain itu, abaya tersebut mendapat sentuhan pereka dan tukang jahit mahir dari Dubai termasuk jahitan sulaman.

Jika sebelum ini peminat jenama ini hanya boleh membeli dalam talian di laman sesawang, sheikhasouq.com, kini mereka boleh mendapatkan abaya ini di butik yang terletak di No 20B, tingkat 2, Jalan Plumbum Q7/Q, Shah Alam, Selangor.