Atas sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat terhadap fesyen-fesyen rekaannya, Geehan Collection berkongsi idea fesyen yang boleh dijadikan ilham oleh mereka yang mahu tampil elegan khususnya menjelang musim-musim perayaan mahupun untuk ke majlis-majlis perkahwinan.

Menurut pereka fesyen dan pemilik Geehan Collection, Siti Fauziah Masnan, 30, atau lebih dikenali dengan panggilan Geehan, pada musim perayaan kali ini dan yang bakal menjelang, dia menawarkan ilham fesyen sutera campur menggunakan corak pucci yang dikatakan sedang menjadi trend dalam kalangan penggemar peminat fesyen.

“Corak pucci ini kalau kena pada rekaan fesyen memang cantik dan sesuai untuk dipakai di sebarang majlis dan keadaan. Rekaannya nampak elegan boleh juga dibawa ke pejabat dengan corak abstrak segar,” katanya.

Antara fesyen rekaan ilham Geehan ialah jubah Altamis, baju Melayu moden Habri, Aldany dres, Azaliya peplum, Atalia pleat Ayudia moden, Adresia dres, Adriana kebaya, dan Adhara moden,” katanya.

Memiliki tiga butik yang terletak di Medan Mara, Jalan Raja Laut, di Bangi Sentral dan juga di Taman Aman Siara, Selayang, Selangor, Geehan memberitahu, rekaan-rekaan ini merupakan ilham idea yang boleh diikuti sekiranya mahukan kelainan dalam penggayaan fesyen berteraskan pucci bercorak abstrak.

Fesyen yang dinamakan Inara by Geehan ini menggunakan warna-warna lembut, pastel dengan lipatan kecil di lengan dan di pinggang dengan rekaan dres, kurung moden, peplum, pakaian malam, kardigan, biarpun ringkas tetapi nampak moden dan trendy.

Geehan juga menyediakan baju untuk golongan lelaki.

Geehan yang berkelulusan Rekaan Fesyen dan Pakaian dari Universiti Lim Kok Wing, pada tahun 2008, mempunyai tukang-tukang jahit khas di butik-butiknya juga mempunyai koleksi fesyen tersendiri. Pelanggan boleh berbincang dengannya mengenai rekaan terbaharu. Bukan itu sahaja, butik Geehan juga menyediakan pakaian yang ditempah, pakaian seragam dan sebagainya.

Bagi yang mahu 
maklumat lanjut boleh e-mel kepada [email protected] – ROSMAH DAIN