Tidak terkecuali menyediakan fesyen wanita sempena lebaran, Kami mempersembahkan rekaan lebih segar dengan paduan warna-warna menarik untuk digayakan ke rumah terbuka.

Memegang portfolio sebagai jenama yang sentiasa menekankan penggunaan material dengan motif, kali ini tampil dengan motif bunga-bungaan dan gabungan abstrak.

Menampilkan lima koleksi iaitu Malaih, Mara, Sorrel, Hanagami, dan Versada dengan 40 rekaan busana, kelima-lima koleksi ini mempunyai identiti tersendiri.

Buat mereka yang gemarkan rekaan polos, Malaih yang diinspirasikan daripada pakaian ‘malas’ di rumah ditampilkan dalam variasi warna bermusim yang menambah pilihan dan koleksi peribadi pencinta kasual.

Penggunaan warna-warna semula jadi seperti putih, krim, hijau lumut, dan pic serta teknik potongan longgar, melengkapkan ciri keselesaan pada setiap rekaan.

Tidak ketinggalan, rekaan Mara yang mengambil ilham aura laut, terarah kepada spektrum warna nyaman dan hangat mewujudkan kebebasan menggayakan busana.

Sorrel pula menyingkap keindahan fesyen feminin dengan menampilkan kesempurnaan cetakan corak bunga raya secara abstrak menerusi rona elegan warna merah jambu, kuning cair, dan biru bersinar.

Rekaan Hanagami pula menampilkan rekaan garis-garis realistik dan diperhalusi oleh keindahan warna pastel segar yang memberikan aura keceriaan kepada si pemakai.

Koleksi Versada pula digambarkan dengan garis-garis lebih sederhana dan sentuhan abstrak menyerupai air hujan.

Kami turut melancarkan koleksi tudung dengan teknologi pewangi dan pendingin hasil kolaborasi bersama Celessence Technologies Ltd. yang merevolusikan bahan-bahan smart-textile.

Koleksi ini boleh didapati di butik Shoes Shoes Shoes, Modvier, Shopat22, serta dibeli secara online di Zalora Malaysia.