Dari gaya di gelanggang permainan hingga ke susur jalan, dari ‘b-boys’ sekitar tahun 1980-an ke hustler hari ini, ia telah dipakai oleh ikon setiap generasi.

Gaya klasik yang dikekalkannya menjadikan Suede Puma sebagai legenda dalam fesyen dan gaya yang tidak goyah dalam melangkaui zaman.

Bersempena ulang tahun ke-50 koleksi Suede, Puma memperkenalkan pelbagai koleksi eksklusif Suede sepanjang tahun dan terbaru, ia tampil dengan pengaruh budaya jalanan itu sendiri.

Dari gaya eksentrik legenda sukan, Walt “Clyde” Frazier hingga ke gaya artis hip-hop hari ini, banyak gaya di pentas peragaan diinspirasikan daripada mereka.

Inspirasi dari gabungan legenda dunia muzik, seni jalan, industri fesyen dan budaya pop, Suede Puma Street Culture Chains Pack mengambil sifat reka bentuk aksesori penting gaya budaya jalanan iaitu rantai emas sebagai tema utama.

Puma menghiasi siluet klasik Puma Suede dengan warna metalik, emas dan warna yang berani ilham dari rantai kegemaran digayakan artis hip-hop dan atlet seperti Walt “Clyde” Frazier.

Suede Puma Street Culture Chains Pack hadir dengan rekaan menggunakan material suede premium dan lelubang tali kasut daripada rantai yang menghiasi kasut kasut klasik dengan tapak getah itu.

Logo Puma turut bersinar dengan warna metalik. Warna dari rona metalik seperti warna emas, perak, rose gold dan hitam berkilat.

Gaya lelaki dikekalkan unsur klasik dengan penggunaan warna emas, hitam dan gabungan hitam dan putih yang diterapkan pada rekaan seluar, kemeja-T, jaket yang berhud, kemeja crew dan jaket.

Untuk gaya budaya jalanan yang sejati, padankan seluar peluh T7 hitam dan emas dengan kemeja crew atau kemjea-T dan topi serta beg galas suede melengkapkan gaya dari kepala hingga ke kaki.