Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bergaya santai ke pejabat

FABRIK boleh regang untuk memberi keselesaan. 3
FABRIK boleh regang untuk memberi keselesaan.

Jenama fesyen yang sinonim dengan fabrik khaki, Dockers memperkenal koleksi Casual Friday, menepati keinginan lelaki yang mahu ke pejabat dengan gaya santai.

Tidak mengabaikan penampilan selesa dan bergaya, koleksi itu mengetengahkan konsep baharu bagi seluar kasual yang boleh dipakai ke tempat kerja dikenali, The New Way To Work ,dengan tiga pilihan rekaan iaitu slim, slim tapered, dan extra slim.

Rangkaian ini memberi tumpuan pada seluar Clean Khaki yang memberi keselesaan dan fleksibiliti sepanjang hari, serta membolehkan jejaka tampil mengikut kesesuaian cita rasa sendiri.

Elemen maskulin yang bersahaja pada koleksi itu dilihat menggantikan pakaian tempat kerja daripada sut yang formal ke pakaian kasual dengan hasil suai padan yang sempurna.

Mempunyai tiga ciri utama yang uni, iaitu jahitan minimalis di bahagian atas untuk kesan kemasan rapi, fabrik boleh regang untuk memberi keselesaan dan teknologi bebas kedutan yang memastikan penampilan segak sepanjang hari.

Tidak perlu bimbang tentang soal gaya yang dipakai seminggu kerana konsep Clean Khaki dihasilkan untuk boleh dipadankan dengan mana-mana baju berbutang dan kasut kulit kegemaran kaum lelaki.

Bagi lelaki yang gemarkan gaya kasual kemas, sudah pasti ia menjadi koleksi wajib ada di dalam almari terutama buat ahli perniagaan yang inginkan penampilan kemas sepanjang masa tanpa berkompromi dengan kualiti dan keselesaan.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan