Bagi yang mencari busana tradisional seperti kurung dengan sentuhan moden, boleh memilih Emel oleh Melinda Looi.

Kebanyakan rekaan kurung yang ditampilkan diberi sentuhan moden sesuai dengan cita rasa wanita sekarang. Pun begitu, Melinda masih menitik beratkan ciri tradisional dan perincian ringkas.

Menariknya, Melinda menampilkan baju kurung moden yang berwarna-warni dan cetakan unik yang mencerminkan kegembiraan.

Pilihan corak geometri diilhamkan daripada tenunan daun untuk membuat ketupat disamping corak bunga tanda belas kasihan dan kemurahan hati. Tidak ketinggalan, terdapat baju kurung yang disulam dengan renda dan kurung pastel.

Lebih menarik apabila kombinasi warna yang memukau bersesuaian dengan warna kulit menyerlahkan lagi keayuan si pemakai. Tona warna pastel mahupun color blocking boleh sahaja disesuaikan tanpa ragu-ragu kerana ia menyerlahkan penampilan anda.

Tidak seperti kebanyakan busana Aidilfitri, koleksi Emel juga boleh disuai padankan dengan busana pejabat anda.