Ia antara lain boleh didapati di Dewan Perdana Felda, Red Carpet Avenue Strand Mall dan Kajang Perdana Avenue.

Ia menggunakan konsep warung dengan sajian pelbagai juadah dari pelbagai negeri termasuk pelbagai jenis sup dan bubur termasuk dari hasil air tangan cef terkenal Cef Ismail.

Menurut D'Saji, turut disediakan ialah makanan barat.

Bagi menikmati makanan ala mediterranean dan barat, pelanggan boleh memilih Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Cempaka Lake Vila di Bandar Baru Bangi dan Orchard Villa Gombak.

Bagi yang inginkan majlis berbuka puasa secara peribadi dan korporat, lokasi yang disediakan termasuk Dewan Merak Kayangan di Jalan Gurney, Dewan Rafflesia di Tasik Titiwangsa dan Ideal Convention Center di Shah Alam.

Menurut D'Saji, mereka menawarkan pakej berbuka antara RM35 hingga RM70 beserta potongan harga 50 peratus bagi tiga hari pertama Ramadan selain potongan harga istimewa bagi warga emas dan gologan orang kurang upaya (OKU).

Maklumat lanjut mengenai tempahan dan senarai lokasi jamuan, boleh dibuat dengan menghubungi Felda D'Saji di talian 03-26988302 atau di laman sesawang www.feldadsaji.com.my. - BERNAMA