Unsur fauna juga disuntik dalam hiasan rumahnya sempena lebaran seperti kusyen bercorak tumbuh-tumbuhan serta tidak lupa pokok hidup yang menghiasi setiap ruang rumahnya.

Gemar menggunakan hiasan dari elemen natural seperti logam dan kayu, Anzalna bijak menyuai-padan setiap pilihan dekorasinya agar nampak elegan namun dalam masa yang sama tidak keterlaluan.

Pinggan mangkuk daripada kayu dipadankan pula dengan balang kaca dengan struktur yang lari dari kebiasaan membuatkan ruang makan di rumah Anzalna nampak mewah namun mesra kepada

“Saya sentiasa akan menghias rumah saya setiap kali tibanya hari raya. Saya gemar bertukar perhiasan di dalam rumah untuk mengelakkan kediaman terasa hambar dengan perabot dan aksesori rumah yang lama. Berdasarkan lokasi, reka bentuk, serta konsep rumah saya, elegan dan mewah ada konsep dekorasi yang paling sesuai buat kami.

“Apabila pihak H&M Home mengusulkan idea berkolaborasi dengan mereka sempena kempen Hari Raya H&M Home, saya berasa begitu gembira kerana dapat berkongsi cinta saya terhadap hiasan dalaman dengan orang ramai menerusi pemilihan dekorasi H&M Home kegemaran saya lagipun koleksinya moden dan sesuai dengan jiwa saya.

Menyerlah

“Setiap hiasan menarik perhatian saya dan menyerlah pada setiap ruang, tapi dalam masa yang sama melengkapkan gaya hiasan dalaman setiap bilik. Saya tidak sabar dengan kunjungan keluarga dan rakan-rakan ke rumah saya yang baru sahaja dihias meriah sempena Hari Raya Aidilfitri dan saya pasti mereka juga akan sukakannya sama seperti saya.

Antara pilihan dekorasi di rumah Anzalna yang menarik perhatian termasuk sarung kusyen bercorak fauna yang menyerlah menghiasi sofa yang berwarna neutral, pasu-pasu dengan rekaan unik, pinggan mangkuk dari kayu, bekas lilin yang ceria dan bermacam-macam lagi yang bukan sahaja indah di hari raya, malah merupakan pilihan hiasan dalaman terbaik untuk tahun ini.

Diinspirasikan dari alam semulajadi hamparan pantai dan fauna yang menghijau, koleksi musim panas ini mencipta rasa tenang seperti sedang bercuti yang tepat digabungkan dengan warna terang seperti merah jambu dan kuning terang, sempurna untuk hari keraian.

Pengaruh bohemian disuntik pada keseluruhan koleksi dengan rekaan corak lautan pada linen tempat tidur dan lapik kerusi bermotif bunga dan daun yang menghijau menambah sentuhan warna ceria bagi menggambarkan mood tropika.

Bagi melihat sendiri pilihan Anzalna, ‘Anzalna Nasir for H&M Home’, ia kini boleh didapati di H&M Home di H&M Avenue K, H&M Quill City, H&M IOI Putrajaya dan H&M Spring Kuching.