Apatah lagi jika makanan laut yang dimasak dan dihidangkan panas-panas bagi menjamin kualiti sajian yang dihidangkan itu diimport dari Sabah setiap minggu.

Pengusaha D'Johan Delicacies, Datuk Johan Datuk Wan Khairil Adli secara lapang dada, menyatakan hasrat ikhlasnya untuk  memberikan tawaran atau diskaun 15 sehingga 20 peratus kepada mana-mana penjawat awam dan pengamal  media 
termasuk penulis blog yang berkredibiliti serta berwibawa yang datang untuk menikmati makanan laut segar di restoran miliknya yang terletak di Persiaran Saujana Impian, dekat sini.

"Saya rasa terpanggil untuk memberikan diskaun antara 15 sehingga 20 peratus kepada kumpulan penjawat awam dan  pengamal media yang datang makan di Restoran D'Johan Delicacies kerana bagi saya, inilah salah satu caranya untuk 
menghargai pelanggan di samping penghargaan kepada pengamal media yang sudi memperkenalkan Restoran D'Johan  Delicacies kepada orang ramai," katanya kepada Utusan Online di sini, hari ini.

Menurut Wan Khairil lagi, tawaran harga diskaun yang diberikannya kepada penjawat awam  pada setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis, sama seperti hari-hari yang ditawarkan untuk pengamal media. 

"Setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis, bukan sahaja penjawat awam tetapi juga pengamal media datanglah ke D'Johan Delicacies. Boleh datang bawa keluarga dan  makanlah makanan laut segar yang kita masak panas-panas dan mereka diberikan potongan harga 15 sehingga 20 peratus dan bagi pengamal media pula, datanglah pada setiap hari Isnin dengan potongan harga yang sama diberikan.

"Cuma jangan datang pada hari Selasa kerana restoran cuti rehat sehari. Dan kalau datang pada hari-hari biasa, tiada harga potongan diberkan," jelasnya.

Para pelajar yang berkunjung ke D'johan Delicacies, kata Wan Khairil juga diberikan harga istimewa iaitu potongan harga lima hingga 10 peratus ke atas pesanan makanan.

Selain daripada makanan laut, pengunjung secara umumnya, juga boleh mencuba masakan Barat yang disediakan mengikut  citarasa pelanggan dan kata Wan Khairil, sajian makanan Barat juga enak dan harga berpatutan.

Wan Khairil menambah,  tawaran istimewa ini dizahirkan bukanlah bertujuan sebagai strategi pemasaran D'Johan Delicacies sebaliknya  sebagai usahawan yang menceburi industri makanan, perlu diberikan harga potongan atau harga istimewa supaya 
pelanggan boleh menjamu selera tanpa memikirkan bajet yang terbatas.

"Saya amat mengalu-alukan mana-mana atau sesiapa sahaja yang tergolong sebagai penjawat awam dan pengamal media  untuk menjamu selera di D'Johan Delicacies kerana ini juga sebahagian daripada amal jariah kami dalam menjalankan 
perniagaan berunsurkan penyediaan makanan.

"Lagipun apa yang penting bagi saya ialah penjawat awam serta pengamal media juga pelanggan di restoran ini. Apabila mereka gembira dapat menikmati makanan laut yang segar, saya juga rasa gembira dan bersyukur," katanya . - UTUSAN 
ONLINE