Justeru itu, Nur Farahaida yang lebih mesra disapa Dian Farra ini sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dipilih sebagai antara hambaNya menerima anugerah yang tidak ternilai itu.

Sentiasa merendah diri, Dian Farra tegas menyatakan bahawa sikap itu penting bagi setiap wanita.

“Lebih-lebih lagi wanita Melayu yang terkenal dengan sifat kelembutan. Sikap itu bukan aset untuk dibanggakan tetapi menjadi perkara penting yang mesti disyukuri,” katanya kepada S2.

Gemar melancong, membeli-belah dan mengambil gambar, Dian Farra yang memiliki ketinggian 167 sentimeter kini bergiat aktif dalam bidang peragaan secara sambilan sejak tiga tahun lalu.

Masih menuntut di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam, Selangor dalam bidang pengurusan perniagaan, Dian Farra tidak kekok beraksi di hadapan lensa kamera ketika melakukan tugas peragaan.

“Sebagai gadis, siapa yang tidak suka cantik dan disolek serta berpakaian menawan. Sejak menceburi bidang ini, setiap hari saya mempunyai aura dan semangat yang konsisten untuk memberikan hasil terbaik ketika melaksanakan tugasan,” katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Anak ketiga daripada lima adik beradik itu bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri suatu hari nanti.

Menjadikan ikon fesyen terkenal di Instagram, Dian Pelangi sebagai idola, Dian Farra mengimpikan agar suatu hari nanti, dia akan menjadi usahawan dalam bidang fesyen.

Dian Farra tidak meninggi diri

Dian Farra tidak meninggi diri