Begitulah ikan bilis mata biru yang kerap menjadi oleh-oleh apabila berkunjung ke Sabah khususnya Tawau.

Harganya sekilogram boleh mencecah hingga RM70 bergantung musim. Namun ramai yang tidak tahu, bukan mudah ‘memburu’ ikan ini.

Di Sabah, salah satu tempat yang menjadi tumpuan apabila bercakap mengenai ikan bilis jenis itu adalah Inderasabah, sebuah kawasan perkampungan tepi laut.

Jika di Perak, Pulau Pangkor juga terkenal dengan ikan bilis mata biru, Inderasabah tidak kurang popularnya. Cuma bezanya, ikan bilis Indersabah ini ‘diburu’ dengan cara membangunkan struktur yang dipanggil bagang.

Malah Indersabah ini telah pun sinonim dengan pelbagai jenis ikan bilis termasuklah yang bermata biru.

Di Inderasabah, khususnya Kampung Pangkalan, penduduknya menjadikan perusahaan kampung berasaskan hasil laut sebagai sumber rezeki dan aktiviti ekonominya, sesuai dengan kedudukannya itu.

Yang menariknya, ikan kategori premium itu ditangkap menggunakan bagang yang merupakan struktur atau pelantar diperbuat daripada batang kayu nibung atau buluh berkeluasan kira-kira 100 meter persegi dan tingginya kira-kira 10 meter dari permukaan air.

Setiap bagang dilengkapi dengan set pukat dan lampu dan rumah untuk pekerja berehat atau berlindung daripada cuaca buruk selain kelengkapan untuk memasak atau merebus bilis.

Seorang usahawan ikan bilis yang terkenal di situ ialah Sabturani Hamzah, 51, yang lama berkecimpung dalam perusahaan ikan bilis sejak 18 tahun selepas meninggal pekerjaan asal sebagai nelayan dengan memukat udang.

Operasi menangkap bilis di bagang bermula apabila hari gelap tetapi persediaan untuk ke sana perlu dibuat lebih awal iaitu sebelum malam.

Sabturani memberitahu, mereka yang terlibat dengan penangkapan ikan bilis itu akan dihantar ke bagang menggunakan bot pada pukul 3 petang bersama set janakuasa elektrik, tong gas dan barangan asas lain.

Oleh kerana kerja-kerja penghantaran itu memakan masa agak lama meskipun jaraknya hanya dua kilometer dari darat pekerja ke setiap bagang perlu dihantar lebih awal bagi mengelakkan cuaca gelap yang akan lebih merumitkan keadaan.

Kerja kerja persiapan akan bermula pada pukul 7 malam iaitu apabila suasana gelap dan set lampu yang dibawa akan digunakan untuk menarik perhatian ikan bilik supaya bertumpu ke kawasan bawah bagang. Oleh kerana ikan bilis bergerak dalam kumpulan maka agak mudah untuk memerangkapnya menggunakan lampu.

Menjelang dinihari pukat diturunkan ke bawah bagang sehingga tempoh antara dua hingga jam sebelum diangkat.

Jumlah tangkapan ikan boleh dtingkatkan dengan menurunkan pukat beberapa kali sehinggalah awal pagi.

Justeru jumlah ‘tuaian’ bilis boleh bertambah jika pada masa itu dianggap musimnya dan boleh mencecah sehingga 100 kilogram (kg) semalaman.

Bagi mengekalkan kesegarannya, bilis yang ditangkap akan direbus di atas pelantar atau bagang tersebut seeblum di bawa balik ke darat untuk proses seterusnya.

“Bagang ini sudah menjadi nadi ekonomi perusaahn bilis di Indera Sabah. Justeru mereka yang memiliki bagang akan berusaha bersunguh sungguh dan tidak melepaskan peluang apabila msim ikab bilis tiba,” ujarnya ynag mempuyai 10 struktur bagang.

Dia ditemui pada program lawatan media Utusan Malaysia dan Kosmo! ke perkampungan tersebut baru-baru ini anjuran LKIM.

Sabtruani bagaamanapun tidak menolak bahawa untung nasib pengusaha bilis bagang itu juga bergantung kepada pasang surut air laut.

Apabila sampai di darat, ikan bilis tersebut dan akan dijemur di atas para selama tiga atau empat hari di darat sebelum di gred mengikut saiz dan dipasarkan.

Sabturani berkata, ikan bilis keluarannya dipasarkan hingga ke ke Miri dan Kuching di Sarawak, Masai (Johor) dan selain dihantar ke Pasar Tanjung, di bandar Tawau.

Menurut Sabturani, dia mampu memproses dan memasarkan kira-kira 40 kilogram bilis. Sebagai pengusaha yang telah lama dalam industri tersebut, dia berbangga dengan usahanya itu. Dalam masa sama dia juga menyanjungi bantuan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menerusi Persatuan Nelayan Wilayah Tawau.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha bilis, Arifudin Samsudin,46, berkongsi pengalamannya bagi memburu ikan bilis yang bernilai tingg itu.

Menurutnya yang terlibat dalam perusahaan bilis sejak hampir tiga dekad itu dan mempunyai dua unit bagang berkata, Tawau begitu istimewa kerana jenama ikan bilis mata biru menjadi ikon kepada daerah tersebut. Arifudin juga memasarkan hasil ikan bilis miliknya hingga ke Semenanjung.

Perairan Inderasabah sumber bilis 

Apabila menaiki bot di kawasan sekitar radius dua kilometer di perairan Inderasabah, terpandang dengan jelas binaan atau strtuktur atau pelantar yang dikenali sebagai bagang dan jumlahhnya dikatakan mencecah 300 buah.

Sebab itu Tawau agak sinonim dengan ikan bilis mata biru sedangkan ada produk lain yang dihasilkan seperti ikan temenung dan ikan tulai.

Penggemar ikan bilis pastinya teringatkan Pasar Tanjung Tawau jika inginkan ikan tersebut. Oleh kerana begitu terkenal, maka ikan berkenaan sebenarnya bukan sahaja `aset’ pengeluar ikan tetapi juga duta kecil Tawau.

Dalam masa yang sama, pengusaha bilis di daerah Tawau juga memberi sumbangan dengan membawa nama ikan bilis tersebut ke serata pelosok negara.

Seperti yang dikongsikan oleh Timbalan Pegawai Wilayah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Wilayah III Tawau, H. Khatdijah Hairya Latif, ikan bilis mata biru menjadi sebutan kalangan penduduk di Semenanjung dan sering menjadikannya sebagai buah tangan.

Beliau mengetahui perkara tersebut kerana berkhidmat di LKIM di Semenanjung dan mendengar mengenainya.

Justeru, bagi membela nasib pengeluar bilis mata biru di situ, pihaknya sentiasa mengambil berat mengenai keperluan asas nelayan dan pengusaha bilis antaranya termasuklah menyediakan bilik sejuk sebagai tempat penyimpann bilis yang sudah diproses bagi mengekalkan kesegarannya.

Sehingga kini terdapat 854 nelayan yang berdaftar dengan PNK Tawau dan. Daripada 300 pengusaha bagang bilis, kira kira 50 berdaftar dengan persatuan tersebut. Selain bagang pacak, terdapat juga bagang bergerak yang diletakkan di atas kapal.