Pengurus resort itu, Dennis Samford berkata, pihaknya menyediakan lebih 150 menu berbeza setiap hari kepada pelanggan termasuk hidangan pembuka selera, menu utama, pencuci mulut di samping empat gerai makanan kepada pengunjung.

“Keistimewaan kepada pengunjung yang berbuka puasa di Shah’s Beach Resort Melaka adalah mereka berbuka di kawasan terbuka yang mengadap laut dan mendamaikan.

“Bersesuaian dengan usia resort ini yang beroperasi sejak tahun 1971, Shah’s Beach Resort menjanjikan kepuasan kepada pelanggan untuk menikmati hidangan masakan kampung yang disediakan oleh chef berpengalaman kami,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di resort itu di Tanjung Kling di sini sebentar tadi.

Antara menu yang disediakan adalah kambing golek, nasi jagung, asam pedas, beraneka jenis mi dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional.

Menurut Dennis, harga bufet yang dikenalan juga berpatutan iaitu RM45 untuk dewasa, RM25 untuk kanak-kanak manakala warga emas berusia 55 tahun ke atas hanya dikenakan bayaran RM30.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan berbuka puasa di Shah’s Beach Resort boleh menghubungi talian 06-3153121 atau 06-3152120. - UTUSAN ONLINE