Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SELEBRITI

TERBUKA berkongsi tentang pengalaman cinta, Haqiem mengakui cara itu membuatnya lebih jujur dalam me
TERBUKA berkongsi tentang pengalaman cinta, Haqiem mengakui cara itu membuatnya lebih jujur dalam menyanyikan lagu.

SEMBILAN tahun lalu, Haqiem Rusli, 19, cemerlang di pentas Idola Kecil musim pertama apabila dinobatkan sebagai naib juara.

Ketika itu, empunya nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli ini baharu berjinak-jinak dan masih tidak punya kepastian tentang hala tuju dalam industri muzik yang penuh gelombang ini.

Namun tidak siapa menyangka, tahun 2016 menjadi titik permulaan perjalanan karier anak kelahiran Selangor ini apabila lagu Segalanya menarik minat ramai pendengar, sekali gus melonjak popularitinya sebagai penyanyi baharu.

Selepas kejayaan lagu itu, Haqiem terus mengorak langkah dengan penghasilan single kedua yang bakal menemui peminat pada pertengahan tahun ini.

Dia yang ditemui S2 dalam majlis pelancaran #JelajahMuzikSafiBalqis di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini bercerita lanjut tentang lagu baharu berjudul Tergantung Sepi.

“Lirik dan susunan lagu ini dihasilkan oleh Gouffran dan Ibnu. Berentak balada, lagu ini tampil dengan banyak perbezaan berbanding dengan Segalanya.

“Tergantung Sepi menceritakan tentang pengalaman saya, ditinggalkan kekasih dan dibuang kawan. Boleh dikatakan, lagu ini menjadi kesinambungan kepada penceritaan dalam Segalanya,” katanya teruja.

Disoal tentang keterbukaan berkongsi kisah percintaan dalam lagu, Haqiem berkata itu satu kebiasaan buat dirinya yang cukup senang bercerita dalam berkarya.

"Saya mahu pendengar merasai apa yang saya rasa apabila mendengar lagu-lagu saya. Oleh kerana itu, saya tidak keberatan untuk berkongsi pengalaman dalam lirik lagu yang saya bawakan.

"Dalam masa yang sama, cara itu juga membantu saya untuk lebih menghayati setiap bait-bait lirik dalam lagu yang saya nyanyikan," kata penyanyi yang turut berkebolehan menulis lagu.

Tidak dinafikan, sejak populariti Segalanya melonjak naik, Haqiem seringkali disamakan dengan Hafiz Suip, penyanyi lebih senior daripadanya. Ramai berpandangan, lontaran vokal anak muda ini mempunyai banyak persamaan.

Mengakui hal itu, Haqiem menegaskan dia memiliki identiti sendiri dan jauh sekali meniru Hafiz. Katanya, persamaan itu, satu kebetulan.

“Jika diamati, ada perbezaan dalam nyanyian kami terutama ketika nada tinggi yang mana suara saya kedengaran serak,” ujarnya.

Namun tidak dinafikan, disamakan dengan Hafiz membantunya melonjakkan namanya dalam industri muzik kerana Hafiz sudah terkenal.

Bagi peminat Haqiem, jangan lupa menyaksikan kemunculannya dalam #JelajahMuzikSafiBalqis yang akan berlangsung esok (16 April) sehingga 7 Mei ini. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi wwww.facebook.com/SAFI.MY/ atau www.instagram.com/sonymusicmy.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan