Mengangkat tema simfoni muzikal, rekaan hijab dan busana kali ini lebih segar dengan paduan warna-warna menarik untuk digayakan semasa musim perayaan dan undangan rumah terbuka.

Pengarah Pemasarannya, Datin Farah Haryani Muhammad Philip berkata, sebanyak 100 pilihan hijab terbaharu diperkenalkan de­ngan kombinasi warna-warna harmoni, material selesa dan cetakan yang le­bih unik, moden serta elegan.

“Simfoni leba­ran adalah cetusan kelainan terhadap persembahan fesyen kali ini dan juga sebagai simbolik dalam meraikan sambutan sempena satu dekad ulang tahun Ariani di pasaran.

“Bermula dari konsep persembahan sehinggalah kepada koleksi Ariani Lebaran, semuanya digarap dengan rekaan yang terkini bersama sentuhan warna-warna harmoni,” katanya ketika berucap pada Majlis Pertunjukan Fesyen Ariani Lebaran 2017 di sini, baru-baru ini.

Tambah Farah Haryani, Koleksi Ariani Lebaran kali ini merangkumi rekaan dari selendang sehinggalah ke tudung sedia pakai dengan pilihan hijab polos warna pastel dan terang yang menarik dan juga terdapat pilihan dalam corak cetakan segar serta cantik.

Semua koleksi itu dijual pada harga mampu milik serendah RM69 dengan formulasi tudung sedia pakai untuk gaya wanita semasa musim pe­rayaan ini mengikut kehendak dan permintaan pelanggan yang inginkan hijab yang mudah digayakan dengan sentuhan eksklusif berupa permata Swarovski dan perincian lace berkualiti tinggi,” ujarnya.

Pada majlis itu juga, Ariani memperagakan 30 daripada 100 koleksi tudung terbaharu antara­nya Instant Layla, Selendang Nour, Selendang Rawda, Instant Avera, Selendang Dalia, Selendang Laser Cut Alectra dan ba­nyak lagi.

“Kesemua koleksi ini direka dengan menyuntik pengalaman perayaan yang penuh warna-warni dengan mengadaptasi unsur alam ke dalam helaian tudung dan selendang. Motif awan mega, bu­nga-bungaan dan cetakan abstrak menjadi taruhan dalam koleksi kali ini. Semua koleksi ini berada di pasaran pada 16 Mei lalu serentak dengan Promosi Ramadan di semua cawangan Galeri Ariani di seluruh Malaysia,” katanya.

Petang itu juga, Ariani turut memperagakan 30 koleksi Ariani Luxe dengan membawa koleksi basic, selendang, swiss voile, turban dan juga inner yang digarap dengan penuh nilai eksklusif bersama pilihan fabrik terbaik serta pastinya menjanjikan keselesaan kepada pelanggan kami.

Selain itu, tambah Farah Har­yani, Ariani RTW pula menampilkan 40 daripada 60 koleksi istimewa Glam Lebaran yang me­rangkumi kurung moden polos, kurung cetakan moden, kebaya moden dan jubah yang dijual pada harga bermula RM179.

“Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan terang yang menyerlah lagi sisi kewanitaan para pelanggan ketika sam­butan Aidilfitri. Koleksi ini juga turut didatangi koleksi saiz besar atas permintaan pelanggan.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan oleh barisan artis terkemuka tanah air termasuk Siti Sarah, Jaclyn Victor, Misha Omar, Ayda Jebat, Azharina Azhar, Mira Filzah, Bella Dally, Anuar Zain dan Datuk Siti Nurhaliza.