Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anuar Dan, pelukis gaya Melayu

ANUAR DAN dengan latar belakang karya catan beliau yang sedang disiapkan. 2
ANUAR DAN dengan latar belakang karya catan beliau yang sedang disiapkan.

DALAM bidang seni, setiap pengkarya mempunyai cara atau gaya mereka yang tersendiri untuk menghasilkan karya masing-masing. Di samping itu, bidang seni juga mempunyai pelbagai aliran atau mahzab yang mempengaruhi pengkaryanya, baik seni lukis, seni sastera mahupun seni budaya. Aliran atau gaya itu boleh menjadi identiti kepada ahli-ahli seni selain ianya mudah untuk dikenalpasti intipati seni yang dihasilkan oleh mereka. Meskipun begitu, ramai yang masih beranggapan bahawa hasil karya seni agak subjektif dan kadangkala sukar untuk dimengertikan.

Begitu juga dengan bidang seni lukis di Malaysia, sehingga kini ianya msih belum mampu untuk mendekati masyarakat sepenuhnya. Sedangkan, mata pelajaran Pendidikan Seni diajar sebagai suatu matapelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah malah ianya dimulai semenjak pra sekolah lagi. Bagi mendekatkan seni lukis secara lebih mesra dengan masyarakat secara amnya, pelukis dan pereka grafik, Anuar Dan mempunyai agenda berbeza dalam perjuangannya menerusi seni lukis.

Dengan berbekalkan semangat dan pengetahuan yang dikongsikan dari pelukis tersohor negara, Syed Ahmad Jamal, dia mula berjinak-jinak menghasilkan lukisan dan catan berkonsepkan nilai – nilai Malaysia. Yakni kembali kepada akar - akar peribumi. Beliau yang mempunyai pengalaman sebagai pereka grafik lebih 30 tahun itu, berminat untuk mengkaji dan mendokumentasikan rumah dan khazanah Melayu menerusi karya seni tampak khususnya catan atas kanvas.

Di peringkat awal berkarya, Anuar memilih siri buah-buahan sebelum mengembangkan lagi kajiannya terhadap subjek Melayu dan Malaysia. Dia juga menghasilkan baju T, poskad untuk mengetengahkan lagi imej budaya tempatan khususnya untuk pelancong luar. Anuar, yang mempunyai kedai menjual baju T di Pasar Seni itu, setiap imej dalam lukisan atau yang dilukis di atas baju T mempunyai unsur-unsur Melayu dan Malaysia.

“Apabila pelancong luar negara membeli baju T atau poskad yang saya hasilkan, ia akan menjadi duta kecil untuk dibawa oleh pelancong balik ke negara mereka,” tegasnya. Selain itu, beliau juga pernah menghasilkan lukisan tangan atas baju T sebagai mengenang nasib malang di atas kehilangan MH370 dan pada masa ini giat menghasilkan baju T untuk pasaran Hari Kebangsaan dan Sukan SEA 2017.

“Saya berminat untuk menjadi perakam peristiwa, jadi cerita dan imej itu akan saya abadikan di dalam lukisan, catan atau dilukis kembali di atas Baju T. “Untuk mendapatkan idea dan maklumat yang tepat, saya akan menjalankan kajian selain membuat kajian lapangan serta merujuk buku – buku yang berkaitan tulisan penulis dan penyelidik tersohor,”katanya

Sementara itu, melihat pada catan beliau, Anuar mengabung antara imej- imej yang dilukis sececara realistik dan semi -abstrak. Dalam catan akriliknya juga, beliau lebih mengutamakan warna - warna yang digunakan dalam masyarakat Melayu. Ini termasuklah warna kuning pinang masak, hijau pucuk pisang, merah hati dan banyak lagi. Teknik sapuan berus yang lembut dan sesekali dengan satarnya (stroke) agak agresif juga seolah-olah beliau mahu kaitkan dengan nilai kesopanan dan budi bahasa Melayu serta pergerakan yang pantas tetapi berseni dalam gerak silat.

Namun begitu, fokus utama catannya ialah gambar rumah Melayu yang kemudiannya digabungkan bersama imej manusia serta perkakasan dari khazanah Alam Melayu dan Malaysia sehingga terasa kesan nostalgiknya. Hal itu juga dapat dilihat dengan jelas dalam catan beliau, siri-siri isteriku, siri karangan laut, siri landskap dan siri kampungku. Walaupun tidak terlepas dari pengaruh aliran impresionis dan ekspresionis, kebanyakan karya beliau lebih mengutamakan unsur, gaya dan cara Melayu Malaysia, yang menjadi identitinya selama ini.

Anuar memberitahu, pengalamannya ke luar negara juga memberi peluang untuknya mengkaji tentang karya seni tampakyang boleh dipelbagaikan dan diberi inovasi baharu selain tidak melupakan identiti negara. Beliau uga mahu mempelbagaikan lukisan supaya boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat yang bukan sahaja tertumpu di atas kertas atau kanvas semata. Setelah lebih 40 tahun berkarya, Anuar masih mencari satu imej yang boleh menjadi identitinya sekaligus mengangkat Malaysia dengan suatu simbol sehingga ke tahap antarabangsa.

“Saya telah mengumpul beberapa imej yang mungkin boleh menjadi identiti negara dan akan terus mengkaji dan menguji penerimaannya oleh masyarakat melalui lukisan di atas baju T dan juga catan,” katanya yang sibuk membuat persiapan untuk pameran solonya yang terbaharu.

Beliau memberitahu, setakat ini sahaja, terdapat lebih 1000 imej telah dilukis oleh beliau sendiri di atas Baju T untuk dipasarkan. Menurutnya, walaupun sambutan masih tidak begitu menggalakkan tetapi beliau akan terus mempopularkan Malaysia melalui imej-imej yang dihasilkannya berteraskan identiti budaya tempatan.

Dengan berbekalkan pengalaman dan pengajiannya dalam bidang senireka grafik dan periklanan, Anuar juga mahu melukis kembali catan-catannya selama ini ke atas Baju T selain terus menyelongkar khazanah Melayu dan Malaysia.

Maka dengan itu juga, akan ada lukisan dan catan dengan cara atau gaya Melayu Malaysia selain aliran-aliran yang sedia ada yang dihasilkan oleh karyawan seni Barat dan lain-lain negara di dunia ini. Barangkali juga, telah lama wujud aliran Melayuisme di tanah air kita?

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan