Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Aneka menu Timur & Barat

Maria Ismail di hadapan restoran miliknya. 3
Maria Ismail di hadapan restoran miliknya.

Gabungan masakan Timur dan Barat menjadi tarikan utama restoran ini. Terletak di Hospital Gleneagles, francais Melur & Tyme sinonim dengan pilihan hidangan.

“Kami sedar, cita rasa masyarakat Malaysia adalah pelbagai. Justeru itu, kami memilih untuk menggabungkan pilihan menu terbaik dari Timur dan Barat,” jelas pemilik francais Melur & Thyme ini, Maria Ismail.

Menu restoran ini terbahagi kepada salad dan sup, tapas (seleksi fusion Timur dan Barat), sandwic dan burger, juadah utama (main course), nasi, pasta dan mi, hidangan kanak-kanak dan minuman.

Bagi pilihan salad dan sup, pelanggan boleh menikmati wild mushroom soup, california grilled seafood salad, salmon salad dan smoked duck salad.

Menu fusion yang menjadi pilihan ialah masakan daging itik, crispy aromatic duck, hidangan ketam, crispy chili baby crab yang digoreng garing bersama daun kari. Bagi peminat hidangan unik dan berbeza, boleh mencuba hidangan sate itik yang diperap semalam sebelum dibakar atas bara.

Tidak lengkap kunjungan ke Melur & Thyme sekiranya tidak mencuba hidangan malar segar sandwic dan burger terutamanya rendang yang dipersembahkan sebagai M&T Beef Rendang Burger dan rendang daging yang ditaburi keju cair pasti menjadikan tuas rasa asyik memungut nikmat.

Juadah utama sebagai makanan tengah hari juga menarik dengan sajian braised lamb shank with pasamah style. Jika hidangan paha biri-biri terlalu klise mungkin rendang daging kambing dengan nasi mentega boleh memenuhi selera tengah hari.

Penggemar makanan tempatan boleh mencuba nasi goreng daging rendang disediakan bersama emping daging, keropok, telur mata kerbau dan sambal belacan. Sekali-sekala, cubalah nasi campur yang boleh ditambah lauk pauk berasaskan daging ayam, lembu atau makanan laut pada harga bermula RM13++.

Jangan lupa membelek menu past dan mi terutama tomyam spageti makanan laut, spageti plancha makanan laut dan spageti ketam croissant. Selain itu, hidangan kanak-kanak seperti burger daging keju atau fish fingers juga menarik untuk dicuba bersama anak-anak.

Lengkapkan kunjungan ke Melur & Thyme dengan menghirup jus mentega kacang chocobanabutternut bersama pisang segar dan serbuk koko. Pun begitu, jus buah-buahan segar, teh dan minuman bergas juga disediakan sebagai menambah kepelbagaian menu.

Tambah Maria, pembukaan cawangan di Jalan Ampang itu diharap dapat memberi peluang kepada masyarakat sekitar merasai keenakan hidangan di restorannya.

“Walaupun ini merupakan francais pertama, namun kami masih mengekalkan keenakan rasa makanan seperti di restoran utama. Malah, konsep asal restoran dikekalkan walaupun ini cawangan yang dilesenkan.

“Menerusi pembukaan ini, kami berharap dapat memudahkan penduduk sekitar Ampang, Gombak dan Cheras berkunjung ke Melur & Thyme tanpa perlu ke pusat bandar lagi,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Maria berkata, sempena pembukaan cawangan baharu ini, potongan 20 peratus sehingga April ini manakala untuk memenuhi kebajikan pelawat dan kakitangan Hospital Gleneagels, kami menawarkan set makan tengah hari pada harga bermula RM20++.

Restoran Melur & Thyme yang mampu memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa beroperasi setiap hari bermula pukul lapan pagi hingga 10 malam.

Maria turut memaklumkan, restorannya sedia menerima tempahan untuk pelanggan yang ingin mengadakan majlis keraian seperti hari lahir dan kesyukuran.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan