Pencarian duta global baharu dilakukan melalui peradua fotografi  “Through the Lens”  yang berlangsung mulai 30 Julai hingga 7 Oktober 2018.

Peserta perlu mengemukakan penyertaan dengan memuat naik foto pengembaraan mereka dan menulis secara kreatif gambar berkenaan kemudian dikongsi di laman web throughthelens.airasia.com.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia X Barry Klipp berkata, kerjasama dengan Sony akan memberi tetamu AirAsia inspirasi untuk berkongsi pengalaman pengembaraan ke mana jua diterbangkan melalui lensa mereka sendiri.

“Bak kata ungkapan gambar memberi seribu makna. Kami lancarkan peraduan ini bersama Sony untuk memaparkan bagaimana pengalaman menggembara boleh diceritakan dalam cara yang mengagumkan secara visual tidak kira sama ada melalui telefon pintar atau peralatan kamera canggih.

"Kami sedang mencari seorang yang menerokai mana-mana destinasi AirAsia destination dan berkongsi saat pengembaraan jauh dan luas yang paling digemari,” kata Klipp pada majlis pelancaran hari ini.

Sebagai duta bersama, pemenang akan dihadiahkan dengan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman pengembaraan baharu bersama AirAsia yang menarik dan mengambil bahagian dalam pelancaran produk eksklusif daripada Sony Malaysia.

Pemenang juga akan memenangi tempat duduk Premium Flatbed pergi balik secara percuma dan tempat penginapan di Tokyo, melawat teknologi terkini Sony di ibu pejabatnya di Jepun, kamera tanpa cermin bingkai penuh baharu Sony, Alpha A7III K bernilai RM9,433 dan fon kepala tanpa wayar Sony h.ear on 2 bernilai RM1,093.

Turut ditawarkan sembilan hadiah saguhati termasul tiket penerbangan AirAsia X dan sebuah kamera Sony RX100V bernilai RM4,299, setiap minggu kepada paparan kreatif terbaik dikemukakan di laman mikro peraduan ini.

Untuk maklumat mengenai promosi dan aktiviti terkini AirAsia,layari Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).-UTUSAN ONLINE