Pengasas A’alainn Clinic & Medispa, Dr. Nurul Ain Abdullah berkata, berikutan itu wanita tidak lokek berbelanja besar untuk menjaga penampilan diri termasuk mengawal berat badan, selain mendapatkan rawatan selepas bersalin.

Pembukaan klinik kedua beliau di Platinum Park, Persiaran KLCC, baru-baru ini membuktikan Dr. Nurul Ain mahu berkongsi rahsia penjagaan diri khusus untuk wanita berkerjaya.

Beliau yang memiliki latar belakang dalam bidang perubatan termasuk perubatan kecemasan, penjagaan kesihatan asas, kesihatan ibu hamil, kesihatan kanak-kanak serta perubatan pencegahan, berkata, terdapat ramai wanita hebat yang bekerjaya, namun mereka tidak tahu di mana tempat yang sesuai bagi mendapatkan rawatan terkini untuk penjagaan diri dan kesihatan.

Justeru, katanya, pembukaan klinik kedua itu diharap dapat membantu wanita yang sibuk bekerjaya mendapatkan rawatan yang sesuai dengan keperluan diri masing-masing.

Dr. Nurul Ain yang sebelum ini pernah membangunkan sebuah program rawatan profesional A’alainn, menceritakan pengalamannya dalam bidang estetik dan membolehkan dia mengenal pasti masalah lazim yang sering dialami kebanyakan kaum wanita.

“A’alainn Medispa menawarkan pelbagai rawatan bermula dari rawatan muka, terapi laser, terapi frekuensi radio, platelet rich plasma, dermal fillers, rawatan anti-penuaan dan pengurangan berat badan. Ini termasuklah program rawatan Yummy Mummy untuk membantu wanita selepas bersalin memulih kekenduran pada kulit perut serta kesan regangan, masalah selulit dan membentuk semula tubuh agar kembali menawan seperti anak dara,” katanya pada majlis pelancaran klinik keduanya di Platinum Park, KLCC.

Selain itu, bagi wanita yang mementingkan penjagaan bahagian intim, FemiVa adalah solusi terkini untuk membangkitkan sensualiti kewanitaan dengan meremajakan kawasan intim dan faraj menggunakan kombinasi prosedur yang tidak invasif.

Manakala, Smart Sculpting pula adalah rawatan bagi menyingkirkan lemak degil menerusi kaedah terapi perubatan grade tanpa pembedahan.

Buat mereka yang masih tercari-cari rangkaian penjagaan wajah yang lebih moden, bolehlah mendapatkan rawatan di A’alainn Medispa yang turut menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit wajah seperti pencuci muka, esen dan serum wajah.