Anggota keluarga, Zukinazari Mohamad, 44, berkata, pertemuan seumpama itu adalah kali pertama berjaya diadakan namun tidak lagi melibatkan semua anak cucu dan cicit arwah ayah.

Menurutnya, adik beradik yang berkumpul adalah dari seluruh Kelantan, Johor dan Perak.

“Yang lain berada di seluruh pelusuk negara gagal pulang ke kampung halaman kerana kekangan tugas masing-masing,” katanya ketika ditemui di rumah emaknya, di sini, hari ini.

Zukinazari berkata, ia menjadi satu sejarah dan titik pertempuran antara waris arwah yang perlu dirapatkan sempena kemuliaan Syawal.

“Saya berusaha menghubungi mereka dan merancang pertemuan ini agar generasi ketiga dan keempat arwah saling mengenali dan yang jauh kita dekatkan.

“Tanpa perlu menghabiskan modal kita menjadikan ‘rumah asal’ di kampung kelahiran sebagai medan pertemuan,” katanya.

Zukinazari yang lebih dikenali sebagai Pok Dek Tukang Cermin di daerah ini berkata, juadah yang disediakan hanyalah melibatkan pelbagai jenis kuih muih tradisional supaya dikenali generasi zaman ini.

“Paling tidak kami ‘bekwoh’ (kenduri) laksa Kelantan. Apapun pertemuan ini kami anggap satu kejayaan yang perlu diadakan setiap tahun,” katanya. - UTUSAN ONLINE