Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

30,000 belia dijangka hadir pameran Sambutan Hari Belia 2017

AWAM JAMAL KITASR SEMUAL
AWANG DAMIT (kanan) bertanyakan sesuatu kepada peserta pertandingan pakaian kitar semula ketika hadir di majlis pra pelancaran sambutan Hari Belia 2017 peringkat negeri ini di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

KOTA KINABALU 19 Mei - Kira-kira 30,000 pengunjung dari kalangan belia dijangka hadir ke program pameran kemahiran dan keusahawanan sempena Sambutan Hari Belia peringkat negeri ini.

Pameran itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Mei diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas di sini. 


Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan negeri, Awang Damit Awang Anak, Sambutan Hari Belia 2017 itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, esok. 


Kata beliau, kementeriannya menyasarkan kira-kira lima hingga 10,000 belia akan hadir ke pameran berkenaan yang menyediakan pelbagai maklumat mengenai pengajian, peluang pekerjaan dan keusahawanan. 


“Sehubungan itu, saya berharap para belia tidak melepaskan peluang untuk hadir ke program ini kerana pelbagai agensi kerajaan, swasta, pusat kemahiran dan keusahawan turut serta dalam pameran ini. 


“Saya yakin para belia akan mendapat manfaat sekali gus membuat peluang untuk meneroka pasaran kerja atau bidang keusahawanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mewakili Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan pada majlis pra pelancaran Sambutan Hari Belia peringkat negeri ini di sini hari ini. - Utusan Online.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan