Program yang bertemakan Kok Lanas Membiru itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia cawangan Dendang.

Program yang bermul seawal pukul 7 pagi itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

Md. Alwi yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas berkata , program yang diadakan setiap tahun itu bertujuan menyatupadukan masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

“Saya amat berpuas hati dengan sokongan dan semangat daripada peserta hari ini. Semangat kebersamaan juga dapat dilihat dalam diri semua peserta.

“Program sejauh 10 Kilometer ini juga dapat memberi kecergasan kepada penduduk selain menggalakkan masyarakat terus mengamalkan hidup yang sihat, “ katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE