kamaruzaman
Kamarulzaman Kamarudin

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.11 petang itu, mangsa, Kamarulzaman Kamarudin, 44, dari Kampung Golong Semerak Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, mangsa yang dari arah kilang papan menghala ke Jalan Kampung Paya Rawa itu dipercayai meneruskan perjalanan tanpa berhenti di persimpangan tersebut lalu dirempuh lori yang membawa muatan pasir.

Katanya, jarak yang terlalu dekat menyebabkan lori dari arah Gong Kepas menghala ke Gong Medang itu merempuh bahagian kiri motosikal mangsa.

“Pemeriksaan mendapati mangsa tidak memakai topi keledar dan tiada lesen memandu,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE