Program yang dihadiri 100 pelajar jurusan Diploma Komunikasi Massa KUIM.

Penolong Editor Foto, Azhar Mogo berkongsi tips dan pengalaman dalam industri kewartawanan sebenar di lapangan.

Program bertajuk Kewartawanan Menjana Keintelektual anjuran Kelab Media (KEMDI) KUIM yang diterajui penyelaras Mohd Fadzil Ahmad Shukor.

Beliau juga bekas wartawan penyiaran berkata program seumpama ini mampu memberikan motivasi kepada mahasiswa mahasiswi sebagai persediaan dunia sebenar.

Ketua Jurufoto II, Abdul Rahman Salleh dan Eksekutif jurufoto, Mohd Naim Aziz turut menjadi panel dalam sesi soal jawab berkaitan fotojurnalis.

Dekan Fakulti Sains Sosial, Dr. Wan Norhayati Wan Othman menyatakan keterujaannya dengan perkongsian ilmu dan pengalaman dari penceramah.

Pameran fotografi hasil karya jurufoto Kumpulan Utusan turut diadakan.

Terdahulu pelajar jurusan program ini pernah membuat lawatan di Ibu Pejabat Utusan pada September 2016. - UTUSAN ONLINE