Bagaimanapun, kamera dron mempunyai jarak altitud dan kawasan tertentu sahaja untuk diterbangkan berbanding dengan pesawat mahupun helikopter. Penulis berkesempatan merakamkan fotografi udara ini dalam dua misi pencarian iaitu kehilangan pesawat MH370 dan misi bot hilang di perairan Pulau Mengalun, Sabah.

Bukanlah tugas mudah berada dalam pesawat untuk merakamkan suasana persekitaran dari atas ke bawah. Cabaran terbesar yang perlu dilalui oleh setiap jurufoto adalah aspek keselamatan.

Penulis pernah membuat liputan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan pada 14 Mac 2013 di Tok Bali,Kelantan. Seterusnya misi pencarian 28 pelancong dan empat kru bot katamaran yang hilang di perairan Pulau Mengalun, Sabah pada 28 Januari 2017.

Peralatan selain jaket keselamatan dan peralatan komunikasi yang perlu disarungkan, jurufoto juga perlu tahu had dan jarak sesuatu lensa untuk digunakan. Di dalam pesawat terbuka contohnya, helikopter peralatan minimum perlu dibawa bagi mengelakkan ia terjatuh atau terlepas semasa berada dalam altitud tinggi. Sebaik-baiknya, kurangkan peralatan untuk memudahkan pengendalian semasa rakaman dibuat.

Lensa sudut luas atau wide angle diperlukan untuk mengambil kawasan keseluruhan panorama misi pencarian terutama subjek dan objek yang menjadi tumpuan.

Selain itu, rakaman keseluruhan kawasan dari udara juga diperlukan untuk rujukan bergambar pasukan misi mencari menyelamat kerana objek sukar dilihat dari pandangan darat.

Di samping itu, kemahiran mengawal pengatup (shutter speed) bagi mengelakkan rakaman bergoyang (shaking). Penulis menggunakan teknik program manual bagi menentukan pembukaan cahaya (aperture) tepat bagi memberi kejelasan rakaman dari sudut altitud tinggi.

Kesempatan ini juga penulis dapat merakamkan aset ATM yang digerakkan bersama iaitu kapal KD Lekiu dan helikopter penyelamat Super Lynx.