Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Brotherhood turap jalan berlubang sekitar KL

Brotherhood turap sendiri jalan berlubang sekitar KL 5
KUALA LUMPUR 6 DIS. 2014 - Lando Zawawi (kanan) bersama-sama rakan-rakannya melakukan Ops Jangan Gebang, Tutup Lubang dengan menurap jalan berlubang tanpa bantuan PBT di Jalan 2/27A, Wangsa Melawati dekat sini, kelmarin. - UTUSAN/IHSAN LANDO ZAWAWI

KUALA LUMPUR 6 DIS. 2014 - Ekoran tiada tindakan drastik daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Ikatan Silaturrahim Brotherhood (Brotherhood) yang diketuai oleh Azlan Sani Zawawi (kanan) atau lebih dikenali dengan Lando Zawawi, telah mengeluarkan duit poket sendiri untuk melancarkan Ops Jangan Gebang, Tutup Lubang dengan menurap jalan yang berlubang di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Lando yang juga seorang pelakon, selepas beberapa kali 'mengasak' PBT yang sepatutnya menurap jalan-jalan terbabit, namun tidak mendapat maklum balas yang berkesan, dia bersama rakan-rakan lain mengambil keputusan untuk menurap sendiri jalan-jalan berkenaan.

Aktiviti murni itu dimulakan di Jalan 2/27A, Wangsa Melawati dekat sini, kelmarin.

Menurut Lando, pihaknya tidak akan berdiam diri dan sudah mengenal pasti beberapa jalan utama di Kuala Lumpur yang berlubang dan menjadi antara punca nahas penunggang motosikal.

Kata Lando, aktiviti murni ini sudah dijalankan sejak 2008 tanpa menerima sebarang bentuk bantuan daripada sesiapa kerana ia dilakukan dengan ikhlas. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain