Bukankah tugas ibu mengemas rumah dan sebagainya? Saya pelik kenapa tugas itu beralih kepada saya dan ayah. Apakah yang harus saya buat?

Anak bingung, Tapah.


UKE: Salah fahaman anda yang mengatakan tugas ibu mengemas rumah, habis itu tugas anda apa pula? Kewajiban anak ialah berbuat baik kepada ibu bapa dan menolong ibu melakukan kerjakerja rumah juga antara perkara baik.
Ibu bukan amah atau orang gaji yang kena buat kerja untuk majikannya. Mungkin tindakan ibu memaki dan menghalau itu tidak berapa betul.
Tetapi mungkin ia lahir daripada keadaan letih dan sedih kerana tiada bantuan daripada anak-anaknya bagi meringankan beban kerja rumahnya.
Bayangkan anda menjadi ibu atau ayah nanti, bagaimana perasaan anda bila anak-anak tidak membantu anda? Anda juga akan berasa sedih bukan?
Pujuklah hati ibu dengan melakukan apa yang menggembirakannya dan cubalah untuk mengurangkan kontroversi dengan ibu anda.

 

Tangan berminyak, sah wuduk?

Apakah wuduk saya sah jika tangan saya berminyak kerana terkena minyak rambut pomade?
UKE:
Antara syarat sah wuduk ialah diratakan air ke anggota wuduk iaitu tidak ada sesuatu yang menghalang air wuduk daripada sampai kepada anggota wuduk.
Melainkan jika keuzuran seperti sakit yang tidak membolehkan air sampai kerana bersimen maka kaedah bertayammum akan diguna pakai.
Maka anda kena pastikan bahan yang berada pada anggota wuduk anda itu tidak menghalang air daripada sampai kepadanya.

 

Hukum guna inhaler
Apakah hukum menggunakan inhalerkerana asma dan ubat titis hidung kerana resdung kronik semasa puasa?
Saidin, Kuantan.
UKE:
Ulama terkini berselisih pendapat tentang batal atau tidak bagi pesakit asma apabila menggunakan inhaler ketika berpuasa.
Ada yang berfatwa tidak batal puasa dan ada yang mengatakan batal puasanya. Masing-masing ada dalil dan hujah atas pendapat mereka.
Perkara ini adalah khilafiyah tetapi anda boleh merujuk kepada jabatan mufti di negeri anda untuk mendapatkan keputusan yang dipegang oleh majlis fatwa di negeri anda.