Pengarah Pemasarannya, Hasnah Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang meninjau peluang dalam pasaran halal dalam usaha mengeksport produknya terutama ke Jepun dan Korea.

Pada ketika ini ujar beliau, eksport produk syarikat hanya sekitar 30 peratus dan bakal ditambah kepada 40 peratus pada tahun depan.

“Apa pun kami perlu lihat ke­sesuaian segmen pasaran halal sebelum masuk pasaran luar negara agar produk kami sesuai dengan cita rasa pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran label baharu produk sos cili dan sos tomatonya di bangunan Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Sementara itu, Hasnah berkata, pelancaran label baharu berkenaan merupakan sebahagian daripada aktiviti penjenamaan syarikat tersebut bagi tahun ini.

Beliau berkata, label baharu itu hanya melibatkan produk sos cili dan sos tomato dengan pembaharuan tersebut dilakukan selepas membuat analisis pasaran.