AFFENDY NANYAN

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Affendy Nanyan berkata, pelanggan hanya perlu membayar sebanyak RM123 secara ansuran selama 24 bulan untuk penyediaan dokumen hibah mereka.

Menurut beliau, melalui kempen tersebut para pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga 38 peratus berban­ding caj biasa yang dikenakan untuk perkhidmatan sama.

“Wasiyyah Shoppe menyaksikan peningkatan permintaan sebanyak 30 peratus dari tahun ke tahun untuk perkhidmatannya. Kami juga adalah satu-satunya syarikat amanah yang membenarkan pelanggan membayar secara ansuran menerusi kaedah pembayaran dalam talian.

“Selain daripada penye­diaan hibah, Promosi 123 juga termasuk perkhidmatan pengurusan pusaka Al-Wasitah Wasiyyah Shoppe dengan manfaat utamanya ialah waris tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk pengurusan pusaka selepas kematian pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Affendy, pihaknya menyasarkan untuk membantu pasangan muda yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun dan masih mempunyai pinjaman rumah untuk membuat hibah.

Jelasnya, berdasarkan pe­ngalaman lalu golongan ber­kenaan paling ba­nyak menghadapi masalah dan cabaran dalam urusan harta pusaka apabila berlaku kematian.

Katanya, kebanyakan kes yang dihadapi melibatkan kehidupan isteri dan anak-anak kecil terjejas akibat perbalahan harta pusaka dengan keluarga suami.

“Promosi 123 juga menyasarkan untuk membantu golongan lain yang juga jatuh dalam kategori yang perlu membuat hibah seperti pasangan yang tidak mempunyai anak kandung, yang memiliki anak perempuan sahaja dan mempunyai anak angkat.

“Selain itu, ia juga melibatkan suami yang berpoligami, pasangan yang mempunyai anak istimewa, individu bujang dan suami yang beristeri baharu selepas kematian isteri pertama,” ujarnya.