Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin
Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin 

Menurut Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, negara menawarkan banyak peluang dan ruang perniagaan yang boleh diceburi oleh mereka yang berminat untuk menjadi usahawan.

Syed Kamaruzzaman menjelaskan, apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berkenaan ialah mencari perniagaan yang sesuai dengan diri masing-masing seterusnya menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengannya.

Tambah beliau, semua itu boleh diperolehi di PNS dan apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang mahu menjadi usahawan ialah menghubungi pihaknya bagi mendapatkan khidmat panduan dan nasihat.

"Jika orang asing boleh datang ke Malaysia untuk berniaga kenapa kita tidak boleh melakukan yang sama? Jika orang asing boleh menghidu peluang yang ada kepada tidak kita?

""Cuma, mereka hanya perlu mempunyai ilmu, kesungguhan dan ketekunan jika mahu menjadi usahawan yang berjaya. Peluang untuk berniaga amat luas dan perlu direbut oleh orang ramai." katanya kepada Utusan Online hari ini.

Terdahulu, Syed Kamaruzzaman bersama lima usahawan prafrancaisi pogram Transformasi Perniagaan (BIT) telah memberikan ceramah mengenai peluang perniagaan yang terdapat dalam program Jom Buat Duit di Ibu Pejabat Utusan Malaysia  - UTUSAN ONLINE