Jenama MJAC ini merupakan produk kosmetik yang ditambah adunannya dengan menggunakan formulasi bukan sahaja bebas kimia tetapi ia berasaskan bahan semulajadi.

Pengasas MJAC, Dr. Maryam Aziz berkata, bahan-bahan yang terdapat dalam MJAC sememangnya bahan semulajadi yang teksturnya bebas minyak.

Selain itu, jelas Dr. Maryam, MJAC juga lembut dan sangat ringan selain daripada mampu bertahan selama 12 jam sehari.

“Kita tahu bahawa ramai pengeluar produk penjagaan kulit dan kecantikan tetapi kelainan yang ada pada MJAC ialah ia merupakan produk buatan tempatan bertaraf global,” katanya kepada Utusan Online ketika ditemui pada majlis pelancaran produk jenama MJAC, baru-baru ini.

Berpengalaman sebagai pengamal perubatan yang berkaitan dengan kulit kerana pernah berkhidmat di Hospital Sungai Buloh, Dr. Maryam yang sanggup meninggalkan bidang perubatan untuk memelihara keluarga, tidak mensia-siakan pengalamannya sebagai sorang MO (medical officer) sebaliknya segala ilmu dan minat berniaga digabungkan dalam melahirkan MJAC.

Menurut Dr. Maryam lagi, untuk mendapatkan produk MJAC, terdapat 6,000 agen yang dilengkapi dengan pengetahuan konsultasi kerana agen-agen MJAC telah dilatih untuk memberi penerangan tentang produk yang dipasarkan.

“Jika mahu mendapatkan terus produk MJAC juga boleh dilakukan dengan melayari platform media,” katanya. - UTUSAN ONLINE