Barangan berupa kotak istimewa dengan rekaan exterior yang menarik dinamakan sebagai Raya Box Mary Jardin yang mengandungi tiga item iaitu serum, minyak (face oil) dan pencuci muka (facial wash) dihasilkan sebanyak 1,000 unit untuk para pelanggan yang menginginkannya.

Ketua Pegawai Operasi Mary Jardin, Irene Halimi berkata, sebagai tanda menghargai para pelanggan yang mendokong dan menyokong jenama Mary Jardin di pasaran, Raya Box Mary Jardin dihasilkan dan keluargannya adalah terhad.

“Raya Box ini memang menarik kerana harganya RM200 sahaja dan pembeli boleh mendapatkan tiga item atau barangan yang memberi manfaat khususnya kepada golongan wanita kerana Mary Jardin menghasilkan produk impian semua wanita,” katanya kepada wartawan Utusan Online ketika ditemui di Ibu Pejabat Mary Jardin di Subang Bestari.

Mulai esok, kata Irene, pelanggan setia Mary Jardin boleh mendapatkan Raya Box yang ditempah menerusi dalam talian kerana penghantaran akan bermula pada 25 Mei.

Memandangkan produksi Raya Box Mary Jardin terbatas, jelas Irene, pihak pengurusan terpaksa menguar-uarkan bahawa tarikh turup untuk pesanan ialah pada 10 Jun ini.

“Pesanan yang dikirim selepas 10 Jun tidak dapat dipenuhi kerana dalam masa yang sama, pihak pengurusan juga mengeluarkan satu lagi pakej istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu bag kembara yang kita namakan, Mary Jardin Raya Travel Bag atau singkatannya, MJ Raya Travel Bag,” ujar Irene.

Irene berkata, MJ Raya Travel Bag mengandungi tudung atau shawl, lip matte atau lipstik, BB kusyen, brooch dan tisu basah atau face wipes.

“Pelanggan yang memesan MJ Raya Travel Bag boleh memilih sehelai shawl yang didatangkan dengan tujuh warna, lip matte dengan 10 warna, BB kusyen (empat warna) brooch MJ yang eksklusif.

“Item-item ini yang amat sesuai dan perlu ada di dalam sebuah bag yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Itulah sebabnya kita namakan ia sebagai travelling bag dan penghasilan MJ Raya Travel Bag juga terhad iaitu sebanyak 800 bag sahaja,” jelas Irene.

Katanya lagi, setiap bag MJ Raya Travel dijual pada harga RM220 dan para pelanggan boleh membuat pesanan menerusi dalam talian.

“Kita tahu barangan Mary Jardin selain daripada kosmetik yang natural dan berasaskan organik, produk penjagaan kulit dalaman dan luaran serta produk kesihatan atau beauty food adalah produk-produk yang amat dekat di hati golongan wanita.

“Maka itulah bukan sekadar mengambil kesempatan tetapi sebagai menghargai para pelanggan Mary Jardin tampil dengan dua produksi istimewa dan terhad.

“Semua penghantaran kepada para pelanggan ada dikenakan caj postage dan mereka yang mahu mendapatkan Raya Box dan MJ Raya Travel Bag, boleh layari laman web www.maryjardin.co,” kata Irene.

Irene juga menambah, para pelanggan yang membuat pesanan atau tempahan menerusi dalam talian tidak perlu bimbang sekiranya barangan yang sampai di tangan mereka, rosak atau pecah.

Ini kerana, kata Irene, pihaknya akan memastikan kualiti dan keselamatan produk penghantaran berada di tahap terbaik.

“Sekiranya produk atau barangan yang diterima oleh pelanggan rosak atau pecah, mereka berhak untuk mendapatkan penggantian barangan baharu atau jika tetap tidak berpuas hati dengan penggantian, para pelanggan boleh mendapatkan kembali wang mereka kerana kami di Mary Jardin mengutamakan pelanggan.

“Pelanggan adalah nombor satu dan menjadi prioritas kami,” kata Irene seraya mengakhiri perbualan. - UTUSAN ONLINE