Selama tiga dekad perniagaan Ros Kerepek (RK) telah menghasilkan pelbagai jenis kerepek yang diproses dari bahan mentah hingga siap untuk dijual ke pasaran. Berbekalkan pengalaman selama 30 tahun perniagaan yang di warisi oleh En Fauzi daripada Ayahnya, En Roslan yang juga merupakan pengasas awal pembuatan kerepek dan jenama RK di Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Keluasan 300 ekar tanah kebun dapat memproses ubi kayu untuk pembuatan kerepek dianggarkan sebanyak 5 tan sehari dihasilkan. Malahan anak kedua dari lima beradik ini turut membantu  demi mempelajari lebih mendalam mengenai perniagaan turun temurun ini sambil dibantu seramai 50 orang pekerja.

Kerepek ubi

Cara pemprosesan terbahagi kepada lima pemprosesan dengan mengambil bahan mentah dari kebun, proses pembersihan, pemotongan, pencampuran bahan untuk digoreng dan proses pembungkusan ke dalam plastik. Kerepek juga boleh bertahan hingga tiga hingga enam bulan lamanya bergantung kepada cara penyimpanannya.

Kerepek ubi masin antara jualan paling tinggi berbanding pelbagai jenis kerepek yang lain. RS telah menjual pelbagai jenis kerepek  ubi pedas, pisanglada hitam, bbq, kari, tomato, ayam dan keju cheese.

Kerepek ubi kayu siap digoreng

RK akan menambah jumlah kerepek semasa ketibaan Syawal atau Raya Korban dan penggal cuti persekolahan terutamanya tempahan melibatkan majlis-majlis perkahwinan ataupun keraian. RK juga perlu selari dengan peralihan teknologi terkini dimana promosi perlu dilakukan melalui media sosial dan jualan secara online untuk menarik dan memperincikan pembabitan RK dengan lebih jauh.

Hasilnya hingga kini  produk RK sudah dikenali sehingga ke negeri -negeri Pantai Timur antaranya, Pahang, Terengganu dan Kelantan.  Selain itu Sarawak dan Pulau Pinang antara  pasaran  baharu yang diteroka.-UTUSAN ONLINE