Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, sikap itu adalah selaras dengan matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang turut mengambil kira aspek pembangunan usahawan muda dalam memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara yang mapan pada masa hadapan.

“Harapan TN50 agar para usahawan muda bukan sahaja dapat memikirkan cara mengembangkan bidang diceburi malah mereka mampu memikirkan perkembangan teknologi akan datang.

“Selain itu, saya berharap mereka mempunyai pendekatan yang mapan bagi membolehkan Malaysia dikenali dengan ekonomi mendorong pembangunan les­tari,” katanya dalam sidang akhbar selepas program TN50: Dialog Bersama Usahawan Muda di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi.

Mengenai sesi dialog yang dihadiri 100 usahawan muda itu, Khairy memberitahu, peserta mengemukakan banyak cadang­an yang mengagumkan dan pandangan mereka akan dibawa ke peringkat seterusnya untuk didokumentasikan.

Beliau menambah, soal pemerkasaan sektor pertanian juga disentuh dalam sesi dialog berkenaan khususnya peranan­nya bagi menangani isu keselamatan makanan yang menjadi kebimbangan di seluruh dunia pada masa hadapan.

“Dengan menguasai teknologi pertanian, ia bukan sahaja menjamin bekalan makanan tetapi mengurangkan defisit perdagang­an dalam sektor makanan,” katanya.