Bermodalkan RM3,000 ketika memulakan perniagaan pada 2015, Mohd. Shazwan Suban, 30, menerusi syarikatnya, High Yield Resources telah menghasilkan empat produk iaitu HY Potassium, HY Pecah Anak, HY High K dan HY Cuka Kayu.

Anak muda yang berasal dari Kampung Nesam, Kangar Perlis itu berkata, dia mengeluarkan produk cecair khusus untuk merangsang pengeluaran padi itu adalah bagi membantu golongan petani mendapatkan produk berkualiti tinggi namun dengan harga yang berpatutan.

“Produk tersebut dicipta dan diformulasi khas mengikut ke­perluan sebenar pokok padi.

“Produk ini digunakan cara menyembur pada anak padi seterusnya membantu proses pertumbuhan tanaman tersebut dengan cepat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Shazwan berkata, dia mendapat bim­bingan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menghasilkan produk tersebut yang dijual RM15 sehingga RM40 sebotol mampu digunakan di kawasan tanaman padi seluas dua hektar.

Katanya, ke­semua produk yang dijamin berkualiti tinggi itu mempunyai kelulusan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).