Pengerusi Mara, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, berkata, GTG menjadi platform untuk usahawan bumiputera melebarkan perniagaan ke peringkat global, terutamanya bagi pemain industri halal negara.

“Industri halal adalah industri paling cepat berkembang di dunia sehingga mencapai nilai USD2.3 trilion, dan GTG boleh menjadi platform bagi usahawan melebarkan sayap ke luar negara. 

“Setakat ini, usahawan GTG telah berjaya mengembangkan pasaran ke Jepun, China, Korea, Emiriah Arab Bersatu, Republik Niger, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong dan Indonesia,” katanya pada sidang media selepas upacara pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat halal bumiputera dengan  ejen-ejen pemasar serta pengimport luar negara di Simposium Ekosistem Gelatin Halal bersempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2018 (Mihas 2017).

Biarpun baru tujuh bulan dilancarkan, setakat ini GTG telah berjaya membantu usahawan bumiputera mendapatkan kontrak dagangan RM35.266 juta dengan 57 SKU. - UTUSANONLINE