Presiden Kumpulan Razilina, Datuk Roslina Abu Bakar berkata, ini kerana ia tidak melibatkan modal permulaan yang besar tetapi menawarkan potensi luas berikutan trend perniagaan food truck semakin popular.

Selain itu beliau berkata, para usahawan sedia ada juga disaran beralih kepada food truck terutamanya bagi mereka yang berdepan dengan masalah sewa kedai yang mahal dan lokasi perniagaan tidak lagi strategik.

“Para peniaga terutamanya bumiputera sering tersepit dengan masalah sewa kedai yang meningkat saban tahun dan lokasi mereka menjalankan perniagaan tiba-tiba menjadi tidak strategik akibat pemba­ngunan di kawasan sekeliling.

“Dalam hal ini, food truck menawarkan penyelesaian ke­ra­na ia bebas daripada kedua-dua masalah itu malah kaedah ini menjadi trend yang kini meningkat popular,” katanya selepas merasmikan Seminar Usahawan Food Truck 2017 anjuran Kumpulan Razilina di sini baru-baru ini.

Seramai 150 peserta dari negeri ini, Melaka dan Lembah Klang menyertai seminar tersebut.

Roslina yang pernah me­nerima anugerah Mentor Usahawan Negeri Sembilan 2014 dan Usahawan Terbaik Malindo 2016 memberitahu, selain beliau yang menyampaikan ucap utama, Bank Simpanan Nasional (BSN) turut mengambil bahagian dalam seminar itu dengan memberi penerangan mengenai kaedah pembiayaan perniagaan.

Tambahnya, para peserta turut diberi pendedahan mengenai kenderaan food truck daripada wakil syarikat pengeluar kenderaan tersebut.

Sehingga kini, jelasnya, syarikat itu telah menganjurkan seminar berkenaan sebanyak tiga kali iaitu di Pulau Pinang, Bangi, Selangor dan Kuala Lumpur yang disertai oleh lebih 200 peserta.

“Kami akan cuba membantu para peserta seminar ini selok belok perniagaan ini hingga mereka berjaya merealisasikan cita-cita untuk menjadi usahawan food truck,” katanya.