Impiannya adalah untuk melihat lebih ramai usahawan cemerlang muncul di negara ini. Selain membolehkan produk tersebut dikenali di seluruh negara, usahawan terlibat juga dapat menjana pendapatan sampingan.

Shah Zanuriman menjelaskan, hala tuju perniagaan makanan tambahan atau suplemen kesihatan kini telah memberi kesedaran tinggi kepada masyarakat untuk mendapat zat kesihatan yang mencukupi.

“Saya mahu mengajak semua golongan terutama suri rumah dan pelajar mempelajari selok-belok perniagaan dengan menyertai SS Pharma Sdn. Bhd., untuk menjadi ejen dan stokis dalam beberapa produk keluaran kami.

“Kini, suplemen kesihatan telah menjadi salah satu makanan sampingan yang diambil bagi memastikan tahap kesihatan bertambah baik dan membantu memberi tenaga tambahan kepada seseorang,” katanya kepada S2 baru-baru ini.

Sejajar dengan penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD) yang berlangsung sekarang sehingga Ahad ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Shah Zanuriman berharap usahawan yang hadir dapat bertukar pendapat dan membina rangkaian perniagaan bersama usahawan baharu.

“Saya melihat KUD merupakan salah satu platform untuk golongan usahawan bertukar pendapat dan idea dari segi meningkatkan sasaran pembeli dan membawa produk tersebut ke paras lebih tinggi.

“Kelebihan program ini adalah membolehkan persaingan sihat berlaku dalam kalangan peniaga. Ini kerana mereka berniaga di bawah satu bumbung. Kehadiran ribuan usahawan dari seluruh negara, pastinya menjadikan karnival ini lebih bermanfaat,” katanya.

Bercerita mengenai perniagaannya, kini terdapat sebanyak 48 ejen di seluruh Malaysia yang memasarkan empat jenis produk di bawah syarikat SS Pharma Sdn. Bhd.

“Keempat-empat produk ini berjaya dijual iaitu Baraka sebanyak 400,000 kotak, Urinex lebih 80,000 kotak, minyak pati Habbatus Sauda (Black seed oil) 5,000 botol serta Jus 7 Benua sebanyak 8,000 botol yang mempunyai khasiat makanan tambahan kesihatan tersendiri, selain menarik peluang perniagaan kepada mereka yang berminat.

“Harga produk amat berpatutan, misalnya produk Baraka dijual pada harga RM14.90, Urinex RM22.90, minyak pati Habbatus Sauda (Black seed oil) RM28 serta Jus 7 Benua RM129.

“Saya menyasarkan 100 ejen menjelang hujung tahun ini termasuk kepada mereka yang mahu mencari pendapatan sampingan seperti golongan suri rumah dan pelajar,” katanya sudah tiga tahun menjalankan perniagaan tersebut.

Mengulas mengenai kelebihan menjadi ejen dan stokis, katanya, selain permulaan modal yang rendah iaitu sekitar RM300 hingga RM500, pekerjaan fleksibel mengikut keperluan serta mereka berpeluang memenangi anugerah atau cabaran pada setiap bulan seperti melancong ke Indonesia serta mendapat hadiah berupa barangan elektrik seperti televisyen.

“Kami sudah ada empat stokis yang berjaya mencapai sasaran dan bakal usahawan berpeluang menyertai business talk bersama syarikat kami termasuk bimbingan perniagaan seperti mendapat risalah, baju-T, banting dan menyertai ekspo pada setiap tahun,” katanya yang memberitahu produknya sudah memasuki pasaran Brunei dan Singapura.

Mereka yang berminat untuk menjadi stokis dan ejen boleh menghubungi di talian hotline iaitu 017-2974031, 017-3390379 atau layari laman web www.sspharma.com.my.