Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SME Corp sasar 1,500 PKS baharu platform DFTZ

KUALA LUMPUR 22 Mei – SME Corp Malaysia menyasarkan 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai platform Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) tahun ini.

Hafsah Hashim
Hafsah Hashim

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, angka itu adalah tambahan kepada 50,000 PKS Malaysia yang kini memiliki akaun aktif dalam plarform e-dagang Alibaba.

“Kami khususnya mencari PKS dengan keupayaan eksport dan dapat menyertai dan memanfaatkan zon bebas cukai (DFTZ) untuk mengeksport barangan menggunakan platform Alibaba,” katanya kepada pemberita pada Persidangan E-Dagang Ren­tas Sempadan Kawasan Ekonomi Asia Pasifik di sini hari ini.

Hafsah berkata, daripada 50,000 akaun aktif ini, sebanyak 1,000 memegang akaun emas dan angka ini dijangka meningkat kepada 1,500 pengguna akaun baharu.

“Di sinilah, SME Corp dan Perbadanan Pembangunan Perdaga­ngan Luar Malaysia (Matrade) akan bekerjasama untuk mengenal pasti syarikat yang sudah bersedia untuk mengeksport barangan selain perkhidmatan, menggunakan platform Alibaba,” katanya.

Untuk tahun depan, Hafsah berkata, SME Corp menyasarkan 8,000 PKS baharu menyertai platform DFTZ.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam ucapannya berkata, DFTZ akan menjadi zon perdagangan bebas digital pertama seum­pamanya di luar China.

Beliau berkata, ini mampu mendorong pertumbuhan e-dagang rentas sempadan de­ngan membuka akses ke pasaran China.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan An­tarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.

“Berdasarkan peluang besar yang akan wujud daripada pembukaan DFTZ, matlamat kita adalah untuk memastikan PKS Malaysia turut meraih manfaat daripadanya.

“Untuk itu, MITI menerusi SME Corp akan bekerja rapat dengan Perbadanan Ekonomi Digital bagi memudahkan PKS melaksanakan perdagangan ren­tas sempadan menerusi DFTZ,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain