Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SME Bank sasar pinjaman 
RM222 juta kepada PKS Sarawak

Talib Zulpilip (dua dari kiri) dan Mohd. Radzif Mohd. Yunus (kiri)
Talib Zulpilip (dua dari kiri) dan Mohd. Radzif Mohd. Yunus (kiri) mengunjungi gerai SME Corp dan MIDA di Program Mini XCESS Pusat Wilayah Sarawak SME Bank di Kuching, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 12 April – SME Bank menyasarkan untuk melulus pembiayaan bernilai RM222 juta kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, SME Bank Pusat wilayah Sarawak telah meluluskan pembiayaan lebih RM1.3 bilion kepada 1,042 usahawan PKS.

Beliau berkata, program XCESS SME Bank merupakan satu daripada program tahunan bertujuan untuk berinteraksi secara terus dan bersemuka dengan PKS bagi menangani isu berbangkit terutama kesukaran mendapat pembiayaan.

“Kami telah bertemu hampir 1,500 usahawan PKS dari Januari hingga kini, dan Bintulu merupakan lokasi terakhir sebelum menamatkan siri pertama jelajah Mini XCESS untuk tahun ini.

“SME Bank komited untuk membantu usahawan PKS Sarawak daripada aspek ekosistem mereka terutama di Bintulu bagi memastikan pembangunan projek-projek yang diterajui oleh kerajaan negeri mencapai kejayaan seperti yang dirancang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Urbanisasi Sarawak, Datuk Talib Zulpilip merasmikan program tersebut di Kuching, baru-baru ini.

Tambah Mohd. Razif, usahawan PKS digalakkan menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh SME Bank bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan program-program pembiayaan dan pembangunan keusahawanan yang dijalankan.

Katanya, mereka juga boleh berhubung secara terus dengan pegawai-pegawai SME Bank atau mengunjungi mana-mana cawangan untuk keperluan pembiayaan dan pembangunan ­perniagaan.

“SME Bank Pusat wilayah Sarawak beroperasi di empat cawangan iaitu Pusat Perusahaan Kuching, Pusat Perusahaan Miri, Pusat Perniagaan Bintulu dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching.

“Selain itu, kami turut menyediakan alternatif penyaluran maklumat melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Play Store di bawah nama SME Bank,” jelasnya.

Sejak ditubuhkan pada 2005, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM26 bilion kepada lebih 15,000 pelanggan manakala anak syarikatnya, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) berjaya melatih lebih 34,000 peserta dalam pelbagai program pembangunan PKS.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain