Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SKM terus rangsang penglibatan koperasi

Kedai Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) merupakan koperasi
Kedai Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) merupakan koperasi menengah yang dianggotai oleh 98 buah koperasi di Johor.

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus merangsang penglibatan koperasi-koperasi di lima bidang aktiviti sektor utama dan kisah-kisah kejayaan koperasi tidak terhad kepada sektor perkhidmatan kewangan.

Menurut SKM, antara koperasi yang terus melakar kejayaan termasuklah Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Bhd. (SKOMK) yang merupakan koperasi berdaftar sejak 13 Oktober 1924 dengan keanggotaan seramai 5,567 orang.

Koperasi tersebut yang memiliki saham dan yuran anggota sebanyak RM30 juta turut memiliki aset bernilai RM54 juta dalam bentuk bangunan dan ladang.

SKOMK mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM12.6 juta tahun lalu dan menduduki tempat ke-61 dalam indeks 100 koperasi terbaik di Malaysia pada 2015.

“SKOMK turut memiliki pusat pengedaran dan cawangan dan telah dianugerahkan kedai harga patut dalam kategori pasar mini pada tahun ini.

“Rantaian nilai yang diwujudkan oleh koperasi tersebut telah memberikan kelebihan tawaran harga patut kepada barangan yang dijual di pasar mini mereka,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) didaftarkan pada 14 November 2014 merupakan koperasi menengah yang dianggotai oleh 98 buah koperasi seluruh Negeri Johor mempunyai seramai 65,000 anggota dan turut disokong sepenuhnya Kerajaan Ne­geri Johor dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Objektif utama penubuhan adalah bagi membangunkan perniagaan rangkaian kedai harga patut berasaskan model koperasi dengan menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna dan mencipta peluang perniagaan baharu kepada koperasi melalui rantaian nilai perniagaan yang berkesan serta pengurusan perniagaan yang komprehensif dan strategik.

ImCoop turut menyasarkan untuk membuka 150 kedai harga patut muafakat di Johor menjelang 2018 berbanding sembilan buah cawangan sedia ada ketika ini.

“Usaha ini mencerminkan peranan koperasi selain terlibat dalam bidang perniagaan pemborongan peruncitan tetapi juga terlibat sebagai ejen dalam menangani isu kos sara hidup dengan menawarkan harga barangan berpatutan di cawangan-cawangannya,” ujar SKM.

Selain koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan, terdapat juga koperasi yang melaksanakan aktiviti pertanian seperti Koperasi Peserta-peserta Felcra Kawasan Hulu Berang Hulu Terengganu Bhd.

Koperasi tersebut telah membangunkan stesen mi­nyak mini pada tahun 2011 setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kos pembinaan berjumlah RM622,000.

“Sehingga Disember 2015 hasil jualan stesen minyak berjumlah RM3.64 juta yang telah memberikan peningkatan tinggi kepada perolehan koperasi,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain