Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sikap individualistik antara penghalang usahawan Melayu - GABEM

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) Tan Sri Rahim Tamby
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) Tan Sri Rahim Tamby Chik (depan,kanan) beramah mesra bersama penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di Nilai, NILAI, 7 Sep.. Turut kelihatan Naib Canselor USIM Datuk Prof Dr Musa Ahmad (kiri).--fotoBERNAMA

NILAI 7 Sep. - Sikap individualistik dan tidak yakin dengan kaum sendiri dikenal pasti antara faktor yang menghalang usahawan Melayu untuk terus maju menguasai ekonomi negara, kata Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata walaupun pelbagai insentif dan bantuan diberi oleh kerajaan kepada usahawan Melayu, tetapi ia tidak akan memberi manfaat sekiranya nilai-nilai negatif masih tebal dalam masyarakat Melayu.

"Penghalang utama dalam usaha meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu ialah amalan nilai-nilai negatif seperti materialistik, individualistik, pilih kasih dan hasad dengki.

"Jika mereka (usahawan Melayu) ingin berjaya dalam bidang ini, nilai-nilai murni seperti berpegang pada janji dan amanah perlu diterapkan dalam diri masing-masing," katanya kepada Bernama selepas perasmian Program Konsolidasi Ekonomi Bumiputera, di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini.

Program itu dirasmikan oleh Naib Canselor USIM Profesor Datuk Dr Musa Ahmad.

Rahim berkata sebaliknya sikap masyarakat Tionghua yang mantap, bergerak dengan satu pasukan, berkongsi maklumat dan pengalaman serta tidak lokek membantu usahawan baharu, perlu dicontohi oleh usahawan Melayu.

"Ada segelintir usahawan Melayu yang diberi projek besar oleh kerajaan, tetapi tidak mahu berkongsi dengan usahawan Melayu yang lain, sebaliknya mereka lebih suka mengagih-agihkan projek itu kepada kaum kerabat sendiri.

"Jika mendapat maklumat berkaitan perniagaan, segelintir usahawan Melayu ini juga tidak suka berkongsi maklumat tersebut dengan yang lain.

"Jika sikap ini terus diamalkan, bagaimana bangsa Melayu hendak menguasai ekonomi negara, sedangkan kitalah majoriti penduduk di negara ini, tetapi penguasaan ekonomi kita dalam negara hanya 22 peratus pada tahun 2010," katanya.

Rahim berkata bangsa Melayu mesti keluar dari zon selesa dan perlu menyedari bahawa jurang perbezaan ekonomi antara kaum di negara ini semakin melebar.

"Budaya daya saing mesti diwujudkan dan diterapkan dalam bangsa Melayu terutama generasi muda.

"Gunakan bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan khas untuk bangsa Melayu sebagai satu cara memperkemaskan diri kita untuk bersaing secara terbuka dan berdasarkan meritokrasi malah berusaha untuk maju ke persada global," katanya.

- BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain