Usaha membina empayar perniagaan itu yang dimulakan lapan bulan lalu semakin mendapat perhatian penggemar produk kecantikan wanita tempatan. Kini terdapat tiga stokis dan 10 agen produk berkenaan di seluruh Sabah.

Idea bagi menghasilkan produk kosmetik iaitu bedak asas timbul selepas lebih lima tahun menceburkan diri secara aktif sebagai pengedar kosmetik jenama Dyxy yang dijual secara dalam talian.

“Sebelum ini, saya banyak menjual produk jenama orang lain iaitu kosmetik, baju dan tudung yang diimport dari luar negara secara dalam talian. Media sosial seperti Facebook dan Instagram digunakan sepenuhnya untuk menjual produk ini.

“Melihat sambutan positif daripada pelanggan dan betapa mudahnya berniaga secara dalam talian, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan jenama kosmetik sendiri,” katanya kepada S2 baru-baru ini.

Wanita jelita ini menjelaskan, untuk berjaya dalam perniagaan, dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri sebanyak RM30,000 sebagai modal bagi menghasilkan produk sendiri.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini, berkat usahanya sepanjang tempoh itu, dia mampu meraih pulangan lumayan kira-kira RM20,000 setiap bulan, hasil jualan produk yang dipasarkan secara dalam talian.

Jelas usahawan yang berasal dari Tawau, Sabah ini, selain menjual secara dalam talian, pelanggan juga boleh membeli produk Sharmaine Cosmetics yang terdiri daripada set bedak asas dan semburan face mist 
pada harga RM150 di pusat 
beli-belah di sekitar Kota Kinabalu.

Bercerita lebih lanjut mengenai perniagaan itu, Sharmaine berkata, dia mengalu-alukan mereka yang berminat khususnya wanita untuk menjadi pengedar kosmetik tersebut, dengan hanya memerlukan modal serendah RM1,000 sebagai permulaan.

“Apabila kita menjadi pengasas, kita memerlukan pengedar untuk membantu menjual produk. sebab kalau kita bersendirian, produk kita tidak akan cepat terjual walaupun dari segi pendapatan agak lumayan.

“Dalam apa sahaja perniagaan, kita memerlukan rangkaian 
yang lebih luas untuk mengukuhkan lagi produk 
kita di pasaran. Saya kini 
dalam perancangan untuk memasarkan kosmetik ini 
di Semenanjung dan luar 
negara pada masa depan,” katanya.

Mengimbas kembali detik awal berniaga, katanya, ketika memulakan perniagaan 
kosmetik itu, dia tidak 
terkecuali diuji dalam menggerakkan perniagaan tersebut.

Menurutnya, dia terpaksa berhadapan dengan banyak cabaran termasuk pernah kerugian beribu ringgit sebelum bangkit semula dengan menukar strategi perniagaan.

“Kita perlu berani mengambil risiko, tidak malu dan berusaha keras untuk meraih populariti yang menjadi ‘senjata’ untuk bertarung dalam menerajui landskap perniagaan kosmetik,” jelasnya.