Didatangkan dengan tiga perisa buah-buahan iaitu strawberi, epal dan anggur, Kidz Pomade dijual pada harga sangat berpatutan iaitu RM5 bagi tin seberat 50 gram.

Ketua Pegawai Operasinya, Rahim Shah Ahmad Nurdin berkata, pihaknya yakin produk tersebut bakal mendapat sambutan menggalakkan memandangkan kanak-kanak merupakan golongan pa­ling ramai menggunakan pomade tetapi tidak mampu membelinya.

Menurutnya, beliau menyasarkan produk tersebut mampu dijual sebanyak sejuta tin pada tahun ini.

“Produk ini dilancarkan pada Sabtu lalu dan sudah dijual kira-kira 150 tin dalam tiga program promosi yang kami adakan. Setiap tin boleh digunakan antara dua minggu hingga sebulan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Rahim Shah berkata, pihaknya turut mengeluarkan produk khas untuk mempromosi Tahun Melawat Pahang 2017, iaitu Strong Pomade.

Katanya, Strong Pomade yang mengandungi bau-bauan harum boleh didapati dalam program-program promosi anjuran Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang.

Ditanya kelebihan jenama Shah Factory berbanding pomade lain yang banyak dalam pasaran, Rahim Shah menjelaskan, produknya mengandungi vitamin E dan mi­nyak argan yang baik untuk rambut.