Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, bantuan kepada usahawan mikro tersebut untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan dan meluaskan pasaran.

“Setakat ini sudah 50 peratus sudah memohon bantuan ini. Ini kerana masih ramai wanita yang tidak tahu mengenai peruntukan ini disebabkan tabung ini baru dilancarkan awal tahun ini.

“Peruntukan ini bagi membantu usahawan wanita mengembangkan ekonomi keluarga agar dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka termasuk daripada segi pendidikan, kesihatan dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Agronita Peringkat Negeri Johor Tahun 2018 di Kampung Padang Ujung, Pendas, dekat sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A Malik selaku wakil rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Beliau berkata, selain bantuan tersebut, usahawan tani wanita boleh dibantu antaranya menerusi kursus, bimbingan, kemahiran dan teknologi untuk memajukan perniagaan. - UTUSAN ONLINE