Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Noraini Ahmad berkata, permintaan terhadap produk halal semakin meningkat kerana ketika ini terdapat kira-kira 150,000 orang Islam di negara itu.

“Produk halal juga diperlukan kerana Jepun bakal menganjurkan Olimpik Tokyo 2020 yang akan menerima kedatangan 20 juta pelancong dan satu juta daripadanya adalah orang Islam.

“Selain itu Malaysia merupakan rakan niaga Jepun keempat terbesar selain rakan keempat eksport terbesar dan rakan import ketiga terbesar sekali gus menyumbang 8.1 peratus untuk jumlah pedagangan Malaysia dengan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Seminar Peluang-peluang Perniagaan dalam Industri Halal Jepun di Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd., Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Persatuan Perdagangan Jepun (Jetro) Kuala Lumpur, Akira Kajita dan Pengarah Wilayah Selatan Matrade, Raphy Md. Radzi. - UTUSAN ONLINE