Usahawan tani

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kagum dengan penglibatan golongan itu terutama agro makanan.

Katanya, situasi di Malaysia berbeza dengan situasi di negara-negara maju yang kebanyakan golongan muda lebih memilih sektor yang berasaskan teknologi dan pembuatan.

“Malaysia lain daripada yang lain. Kita boleh sanggah perkara yang tidak lagi lumrah sekarang ini iaitu tiada penglibatan orang muda dalam pertanian,” katanya sewaktu berucap pada majlis Anugerah Agropreneur Agrobank 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman. - UTUSAN ONLINE